Jelajah Akhir ATP: Djokovic sahkan tempat dalam separuh akhir selepas singkir Rublev

Muzaffar Musa
November 18, 2021 00:27 MYT
Novak Djokovic mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Jelajah Akhir ATP selepas menewaskan Andrey Rublev dengan keputusan 'straight-set' di Turin lewat malam tadi.
Pemain nombor satu dunia itu merekodkan kemenangan 6-3,6-2 ke atas lawan di ranking kelima berkenaan dalam perlawanan pertama yang mempertemukan mereka.
Djokovic mengesahkan tempat selaku juara Kumpulan Hijau dengan kemenangan kedua berturut-turut itu selepas turut menewaskan Casper Ruud dengan keputusan straight set dalam perlawanan pembukaan kelmarin.
Di sebalik kedudukan ranking Rublev, Djokovic hanya memerlukan tempoh sejam dan lapan minit untuk mengesahkan kemenangannya yang ke-40 dalam Jelajah Akhir ATP dan kemenangan ke-50 dalam siri jelajah sepanjang tahun ini.
Permulaan perlawanan itu berlangsung sengit di mana lawan dari Russia berkenaan mengatasi Djokovic dalam game pembukaan tetapi pemain nombor satu dunia itu memberikan respons terbaiknya untuk merakamkan kemenangan 6-3 dalam set pertama -- yang turut dibantu beberapa siri kesilapan sendiri Rublev.
Skrip dalam set kedua juga hampir sama, di mana Rublev hanya mampu memenangi dua game untuk memembenarkan kemenangan berpihak Djokovic, yang akan bertemi Cameron Norrie dalam perlawanan terakhir peringkat round-robin Sabtu ini.

4⃣0⃣th win at the #NittoATPFinals @DjokerNole is going to be hard to stop. pic.twitter.com/LNubaARZxA

— ATP Tour (@atptour) November 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #ATP #Tenis #Andrey Rublev #Jelajah Akhir ATP