JDT kini menanti masa sahaja untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-7 berturut-turut.

Ya, itu satu pencapaian yang mungkin sukar untuk ditandingi dalam jangka masa yang lama. Mungkin rekod tu akan kekal dalam lipatan sejarah liga kita. Itu belum kira lagi musim 'Invincibles' yang mereka boleh turut banggakan pada 2016. Ya, modal 'Invicibles' tu masih digunakan peminat Arsenal sampai sekarang walaupun sudah lama tak merasa kejuaraan liga. Bayern Munich yang pegang status juara 8 kali berturut-turut pun tak ada title 'Invincibles' tu. Persoalannya, mengapa pasukan lain tercungap-cungap tak dapat nak beri cabaran kepada JDT?

“Boleh la menang, ambil semua pemain terbaik yang ada dekat Malaysia ni” – komen netizen di media sosial. Tapi jika anda seorang pemain bola sepak yang dirisik juara liga, tidakkah anda mahu pergi? Kalau anda main karier dalam permainan video FIFA pun, jika Real Madrid mahupun Barcelona ada buat tawaran, takkan korang reject kan? Berlatih dekat padang latihan yang cukup lengkap, fasilities semua ada, gaji pula tak pernah sangkut, cukup sempurna. Penulis dulu pernah terlibat dengan program realiti pencarian bakat bola sepak. Bayangkan bila ‘interview’ mereka, dari nisbah 10 orang, 8 orang akan jawab nak main dengan JDT jika bergelar pemain profesional.

Bola sepak Johor dah melalui fasa kejatuhan, apatah lagi ada satu ketika warga Johor Bahru lebih menyokong Johor FC berbanding pasukan Johor. Penulis membesar dengan Rizal Sukiman, Rusdie Sulong, Azmil Azali dan Idris Karim, siap ada jenama jersi sendiri pada ketika itu, Jking. Apabila pasukan Johor turun divisyen kedua, ‘Enjut lebah Enjut’ lebih meniti dibibir peminat di selatan dengan Stadium Pasir Gudang jadi saksi kehebatan Eddy Helmi Manan dengan trademark topi ‘head guard’nya. Tapi sayang Johor FC ketika itu sinonim dengan warna oren, bukan merah biru yang menjadi identiti Johor. Bila Tunku Mahkota Johor, TMJ ambik keputusan nak ambil alih, ia sebenarnya merupakan satu proses pembentukan jangka panjang. Bukan ambil alih, terus muncul juara liga.

Masih ingat diingatan pada 1997, penulis bersama-sama keluarga pernah ke Stadium Larkin untuk menonton perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Remaja diantara Jepun menentang Ghana. Punyalah penuh dan meriah Stadium Larkin pada ketika itu! Dan kemeriahan itu berjaya dibawa semula TMJ dengan pasukan JDT. Selepas dijenamakan semula, JDT juga perlu melalui fasa kematangan sebelum berjaya. Musim 2013 melihatkan mereka tidak berjaya menang dalam liga dan Piala Malaysia, tetapi melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama selepas beberapa tahun lamanya. Walaupun tewas kepada Kelantan, itu merupakan hikmah kerana musim seterusnya mereka kekal juara Liga sampailah sekarang.

Persoalannya sekarang, sampai bila pasukan lain boleh jadi setanding dengan JDT? Bukan sekadar keputusan atas padang, tetapi juga dari segi pengurusan, kebajikan pemain, kemudahan sehinggalah imej eksklusif pasukan itu sendiri? Musim depan semua pasukan dah wajib diswastakan. Harap harap mungkin kita boleh nampak pasukan lain mencabarlah, kalau tak dapat ikut cara pengurusan, sekurang-kurangnya persaingan atas padang. Bagi penulis, konsisten itu merupakan kata kunci mengapa pasukan lain masih terkial-kial nak cabar JDT. Walaupun mereka bertukar-tukar jurulatih dan pemain import, JDT masih mampu kekalkan konsisten sepanjang 8 tahun. 2 minggu lepas, penulis dah dengar visi dan misi Kelantan nak jadi macam JDT menerusi program [email protected], harapnya pasukan lain pun dah ada pelan dan menuju arah yang sama.

Cuma harap-harap lah, kalau dah swasta nanti, tak ada lagi dengar isu gaji tak dibayar, gaji lambat sebulan dua. Opps!