Selepas kehilangan 5 mata dari dua perlawanan terdahulu telah memberi pengajaran yang cukup bermakna untuk pemain-pemain Johor Darul Ta’zim. Kehilangan mata itu disebabkan tewas di tangan Terengganu dan seri bersama Kuala Lumpur ia telah memberi ruang pada pasukan Kedah Darul Aman FC, Penang FC dan Terengganu FC merapatkan jurang pungutqn mata dan berpeluang untuk memintas kedudukan Johor DT sebagai pendahulu Liga Super. Dengan keadaan itulah pemain-pemain Johor DT bingkas bangkit memperbaiki dan memperkemaskan kelemahan-kelemahan mereka ketika berhadapan dengan Kedah FC.

Ini telah dibuktikan anak-anak buah Benjamin Mora terutama di bahagian pertahanan tengah Johor DT nampak lebih tenang,kemas dan tersusun apabila Aidil Zaquan telah digandingkan kembali bersama Mauricio dos Santos Naciemento. Dimana kedua-dua pemain ini telah berjaya mengemudi bahagia pertahanan Johor DT dengan baik sekali bersama Matthew Davies dan La’vere Corbin Ong. Ia agak sukar kepada Kepah Sherman dan TcheTche Kipre untuk menembusi benteng pertahan Johor DT. Dengan kombinasi yang mantap di antara Aidil dan Mauricio itu telah berjaya membaca dan mematahkan setiap gerakan Kedah.

Sementara di bahagian tengah Johor DT pula nampak lebih berkeyakinan untuk melancarkan serangan ke atas Kedah setelah gadingan Natxo Insa dan Afiq Fazail diturunkan kembali namun mereka perlu pertajamkan lagi kreativiti mereka untuk merencanakan pelbagai gerakan terutama melalui hantaran-hantaran lolos kepada Bergson da Silva dan Gonzalo Cabrera. Dimana mereka perlu lebih berani untuk mengambil risiko dan perlu cepat membaca kelemahan lawan supaya jaringan berjaya dihasilkan. Sekiranya pemain-pemain Johor DT berjaya menghidu sikap dan karektor Renan Alves semalam lebih awal ia sudah tentu memudahkan tugas Bergson di bahagian serangan Johor DT. Dimana Renan Alves gemar melakukan halangan keras di luar kawasan penalti. Dengan sikapnya itu sebenarnya memberi kelebihan pada Johor DT untuk mendapatkan sepakan percuma atau penalti.

Akhirnya dengan sikap dan karektor Renan Alves itu telah memberi kemenangan pada Johor DT melalui sepakan penalti setelah menjatuhkan Mohamadou Sumareh di minit-minit akhir yang telah disempurnakan Bergson untuk kemenangan Johor DT. Sekiranya Johor DT ingin melihat lebih ‘setady’ itulah yang perlu dilakukan dimana pemain-pemain dan pasukan kejurulatihan perlu sentiasa peka dengan perkembangan setiap minit pasukan lawan terutama kelemahan individu pemain lawan supaya ia dapat merubah strategi dan perancangan dalam memburu kemenangan. Kreativiti inilah yang perlu ada pada setiap pemain-pemain Johor DT sekirannya mereka ingin melihat kelainan dan membuat keputusan pantas dan tepat bagi merubah perancangan mengikut sitiuasi semasa perlawanan.