Kemenangan 2-0 Barcelona di tempat lawan ketika menentang Girona mengukuhkan cengkaman kedudukan teratas dalam LaLiga ketika ini.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pasukan bermain begitu baik sekali dengan menampikan serangan demi serangan sebaik permainan dimulakan.

Pada minit ke-9 Barcelona berjaya mendahului lawan apabila pemain pertahanan kanan dari Portugal, Nelson Semedo, berjaya mengambil kesempatan daripada kesilapan pemain pertahanan Ginora yang tidak berjaya mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya dengan rembatan kaki kirinya tepat ke arah gol.

Perlawanan semakin menarik dan laju selepas itu apabila Barca mengamalkan hantaran pendek dengan gerakan pertukaran posisi dan mengekalkan kedudukan segi tiga untuk memudahkan hantaran dilakukan.

Beberapa peluang yang dimiliki Ginora dalam separuh masa pertama melalui penyerang mereka, Portu dan Cristhian Stuani, namun tidak dapat disudahkan dengan baik.

Pada minit-minit awal separuh masa kedua, nasib tidak menyebelahi Ginora apabila pemain pertahanan mereka, Espinosa, dilayangkan kad merah setelah mengasari Luis Suarez. Ini memberi kelebihan kepada Barcelona untuk terus menguasai permainan dan memberi tekanan kepada Ginora.

Akhirnya Lionel Messi, berjaya melakukan jaringan ke-402 peribadinya bersama Barcelona dala LaLiga, ini sejarah peribadi yang luar biasa dicapai oleh seseorang pemain.

Pujian harus diberikan kepada semua pemain-pemain Barcelona terutama kepada pemain-pemain tengah seperti Arturo Vidal, Ivan Rakitic dan Sergio Busquets yang mencorak permainan dengan baik serta kreativiti mereka yang memastikan tiga mata terus dimiliki Barcelona.