Asasnya ada dua, yang pertama, buat pertama kalinya jumlah penyertaan pasukan terbanyak iaitu 36 pasukan dan lebih kurang 700 pemain remaja bakal beraksi buat kedua dua divisyen. Ini adalah peluang terbaik buat tenaga kejurulatihan mencari bakat bakat baru yang berkualiti dan mampu mengharumkan nama negara suatu masa nanti.

Keduanya, majoriti yang beraksi adalah berusia 19 tahun kebawah dan ada yang masih bersekolah dimana adik adik ini masih mentah dan memerlukan didikan yang betul untuk mengembangkan kerjaya.


Atas 2 faktor ini, inisiatif yang terancang harus dicanang pihak berwajib agar tidak berlaku kitirisan ataupun “ double standard” dalam pemilihan pemain pemain yang lahir dari liga ini.

Seperti sedia maklum, arena hoki negara sangat dahagakan “the next Mirnawan Nawawi “ yang terbukti sangat hebat di atas padang dan mempunyai personaliti “sports man” yang berkualiti di luar padang. Kita tidak mahu pemain yang hanya hebat bermain, tetapi tiada disiplin dan sifat kepimpinan di luar padang.

Ini amat penting kerana jika kita gagal membentuk peribadi pemain, bagaimana kita mahu melahirkan skuad juara dan mengharumkan nama Malaysia ?