Dengan sokongan yang diberikan majikan ketika ini amatlah membanggakan, ini menunjukan ada sedikit perubahan minda dikalangan tenaga kerja orang-orang persatuan. Bagi persatuan yang mempunyai kewangan yang baik mereka telah membuat persediaan diluar negara dan bagi yang mempunyai kewangan terhad pula mengadakan perlawanan persahabatan di dalam negara sahaja.

Ini telah menunjukan satu perkembangan yang positif dalam perubahan minda dikalangan orang-orang persatuan dimana mereka bijak memikirkan keperluan atau keinginan dalam pentadbiran. Kepada pemain-pemain pula mereka perlu bijak merancang dalam menentukan hala tuju mereka terutamanya bagaimana ingin mengekalkan prestasi terbaik mereka sepanjang musim.

Kenapa ia perlu difikirkan oleh setiap pemain dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka, ini kerana seseorang pemain itu merancang kerjaya mereka?. Sekiranya mereka merancang sudah tentu mereka akan lebih fokus dan memberi komitmen secara konsisten tanpa berbelah bagi demi merealisasikan impian mereka. Apabila ini terjadi ia menunjukan seseorang pemain itu bijak berfikir serta cara mereka mengurus tadbir diri mereka begitu baik sekali.

Melalui sistem tadbir diri yang baik ini sudah tentu akan memberi kelebihan kepada seseorang pemain itu untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa hadapan dan lebih penting dengan pengalaman dan sistem tadbir diri yang diamalkan ini nanti dapat membantu generasi akan datang menjadi pemain yang bijak dalam menentukan hala tujunya apabila ilmu itu dikongsikan bersama mereka.

Tidak semestinya hanya dengan wang ringgit kita boleh diiktiraf ataupun layak membantu dalam menbangunkan bola sepak negara tetapi dengan akal yang bijak kita juga boleh memberikan pandangan dan pendapat untuk membantu membangunkan bola sepak negara. Rancanglah kerjaya anda dan berilah komitmen yang terbaik dalam meningkatkan prestasi pasukan apabila bermulanya saingan Liga Malaysia tidak lama lagi demi kemajuan bola sepak negara. Jadilah orang yang kreatif dan jangan jadi dungu…