Kegagalan bola sepak kita menjulang nama Malaysia dipersada dunia apatah lagi bersaing diperingkat Asia ketika ini memang mendapat perhatian dari semua pihak. Ada yang menyatakan kegagalan ini berpunca dari jurulatih-jurulatih yang bodoh sombong.

Apakah itu punca sebenarnya? Kenapa hanya jurulatih dipersalahkan? Bagaimana tindakan dan perancangan persatuan atau pemegang taruh yang terbabit? Adakah sikap pemain itu sendiri? Ini lah persolan yang patut dilihat terlebih dahulu.

Akui sahajalah kegagalan ini adalah kegagalan semua, lihatlah kehadapan tidak perlu menunding jari kepada sesiapa kerana bola sepak ini banyak pemegang taruhnya seperti FAM,KPM dan persatuan negeri.

Buanglah sikap meninggi diri dan berkerjasamalah dalam memajukan bola sepak negara. Kepada jurulatih yang mempunyai pengalaman luas dan sudah mencipta nama di luar tidak perlulah rasa bongkak dengan kejayaan dikecapi sebelum ini, Duduklah semeja dan berkawan-kawanlah dengan jurulatih tempatan. Tidak rugi kalau kita mendekatkan diri dan bergaul dengan masyarakat sekeliling apatah lagi dengan rakan-rakan seperjuangan dan rakan seperjuangan pula jangalah malu-malu untuk menuntut ilmu kepada yang berpengalaman.

Kepada jurulatih-jurulatih diperingkat akar umbi pula terutama diperingkat sekolah janganlah hanya mengejar KPI semata-mata tetapi apa yang dilatih itu tidak mengikut DNA dan Falsafah yang telah diberikan serta tidak mempunyai kualiti. Sudah tiba masanya bersatu dan mengembeling tenaga bersama dalam memajukan bola sepak kita.

Ubah sikap,Ubah cara berfikir pasti akan berjaya.