Pelbagai ragam dan keletah dapat lihat bagaimana peminat-peminat mula membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Begitu juga dengan pihak pengurusan begitu ghairah untuk melihat sambutan yang diberikan peminat dan berdebar menanti keputusan perlawanan pertama yang pasukan mereka tempohi. Apakah dengan perbelanjaan yang mereka laburkan itu akan menampakkan titik permulaan mencipta hasilnya.

Namun itu hanya permainan fikiran sahaja, apa yang lebih penting disini kita ingin melihat satu permulaan yang baik bagi liga bola sepak tempatan kita apabila semua pasukan dan peminat mula menunjukan semangat berpasukan dan berkerjasama untuk memberi sokongan kepada pasukan terutama untuk menghadirkan diri ke stadium.

Sikap positif begini yang kita inginkan sebagaimana negara-negara maju dalam bola sepak amalkan dimana mereka bekerjasama untuk memastikan kemajuan dan pemikiran dapat diselaraskan untuk mengangkat martabat bola sepak negara mereka.

Kesedaran ini telah mula diamal dan dilakukan oleh masyarakat kita, namun kita perlu bijak terutama kepada pemimpin-pemimpin persatuan atau kelab perlu sentiasa berfikir dan merubah minda untuk mendidik jurulatih,pemain dan peminat ini bagaimana kita ingin membudayakan bola sepak dikalangan masyarakat kita.

Dengan zaman teknologi ini orang-orang persatuan perlu bijak mengambil kesempatan dan memainkan peranan terutama dalam aspek pemasaran untuk mewar-warkan sesuatu aktiviti atau pun kempen yang dilakukan persatuan dengan hanya “click and publish”. Contohnya bermula dengan kesedaran pemakanan sebagai seorang atlit dan sebagainya.

Bagi orang-orang penting dalam pasukan pula,terutama kepada pengurus-pengurus pasukan juga perlu bijak memainkan peranan dalam membentuk keharmonian sesebuah pasukan itu.Bukan hanya sekadar menjaga orang-orang tertentu di dalam kawasan sendiri. Jangan sesekali memberi ruang pengaruh politik dicampurkan di dalam pentadbiran bola sepak.

Gunakan jawatan itu sebaik mungkin bagaimana untuk menjadi orang pengantaraan kepada jurulatih dan pemain sebaik mungkin kepada pihak atasan pengurusan. Ini kerana kita ingin melihat pada satu hari nanti bola sepak kita ini jauh dari anasir-anasir politik dan lebih bersikap terbuka dan professional dalam menguruskan sesebuah pasukan itu.Ubahlah minda dalam merubah landskap bola sepak kita dan jangan bikin masalah.