Pemain hebat yang melalui perjalanan karier kurang memuaskan, James Rodriguez akhirnya menamatkan spekulasi destinasi pasukan pilihannya apabila memuktamadkan Everton sebagai pasukan barunya.

Secara tidak langsung, Rodriguez kembali bekerjasama dengan pengendali Everton, Carlo Ancelotti buat kali ketiga. Enam tahun lalu, sewaktu Piala Dunia 2014, Rodriguez mencuri tumpuan dunia dengan menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan itu selain gol cantik sewaktu mewakili Columbia.

Real Madrid pantas mendapatkan khidmat beliau dengan harga 80 juta euro, namun beliau gagal tampil konsisten di atas padang yang menyaksikan Rodriuez dipinjam ke pasukan Bayern Munich.

Malah, penulis melihat Zinedine Zidane kurang gemar menggunakan khidmat Rodriguez, jadi keputusan berhijrah adalah satu pilihan tepat andai beliau masih mahu beraksi di dalam kesebelasan utama. Everton membayar 22 juta pound untuk mendapatkan khidmat Rodriguez dari Los Blancos.

Dalam pada itu, seteru utama Real Madrid, Barcelona dibawah bimbingan Ronald Koeman dikhabarkan sedang dalam usaha mendapatkan Memphis Depay.

Tanda harga 22 juta pound diletakkan Lyon khabarnya sudah mencapai kata sepakat. malah jurulatih Lyon, Rudi Garcia turut gembira andai anak didiknya mampu menyertai pasukan yang lebih besar untuk mengembangkan karier dengan menyedari hakikat bahawa Lyon bukanlah kelab yang berprofil tinggi di Eropah.

Ronald Koeman sedang dalam usaha mengembalikan semua keyakinan pemain-pemainya di atas padang selepas mengalami kejatuhan prestasi musim lalu. Beliau turut mencari gandingan buat Lionel Messi memandangkan Luis Suarez dikatakan bakal ditunjukkan jalan keluar dan berhijrah ke Serie A.