Pemain England yang berkelana di Jerman, Jadon Sancho dilihat terus mengekalkan prestasi cemerlangnya selepas membantu Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas pasukan Paderborn.

Sancho yang baru berusia 20 tahun cemerlang meledakkan hatrik pertamanya dengan gol pada minit ke 57, 74 dan 90 menyaksikan beliau kini sudah menjaringkan 17 gol, jumlah sama dengan bantuan golnya di Bundesliga.


Sancho turut meraikan jaringannya dengan menunjukkan protes terhadap kematian mangsa keganasan orang kulit hitam di Amerika Syarikat.


Sebelum ini, Sancho sering dikaitkan dengan gosip untuk kembali ke England dan beraksi dengan kelab-kelab utama. Antara kelab yang dikatakan cuba mendapatkan Sancho adalah Manchester United dan Chelsea.

The Red Devils merupakan pasukan pertama yang mahukan kehadiran Sancho di Old Trafford, dengan Ole Gunnar Solskjaer dan pihak pengurusan kelab sanggup berbelanja mewah bagi mendapatkan Sancho, namun selepas pendapatan kelab terjejas akibat covid-19, kebarangkalian mendapatkan Sancho dilihat sedikit menurun memandangkan tanda harga mendapatkan Sancho mungkin memakan belanja lebih 100 juta pound.



Andai proses penjualan pemain tengah kontroversi, Paul Pogba menjadi kenyataan, ada kemungkinan Sancho akan kembali ke England kerana United mempunyai wang hasil penjualan Pogba, itu pun kalau Pogba mereka sanggup menjual Pogba lah.


Begitu juga dengan pasukan Chelsea yang mahu mendapatkan pemain baru di posis sayap. Dengan kelibat Willian yang semakin dimamah usia, kehadiran Sancho dilihat mampu memberikan nafas baru jentera serangan The Blues. Peminat-peminat The Blues di laman sosial juga dilihat menggesa pihak pengurusan Chelsea segera mendapatkan Sancho sebelum di sambar pasukan lain.

Dengan usia yang baru mencecah 20 tahun, Sancho yang turut berada dalam skuad utama England dilihat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menyinar dan menjadi salah seorang bintang utama dunia.


Saja nak tanya, tak teringin ke sertai Newcastle United dibawah bimbingan Mauricio Pochettino atau Rafa Benitez nanti bila The Magpies bertukar pemilik baru? hehe.