Pasukan Itali merupakan antara pasukan yang digeruni di medan antarabangsa. Apabila tiba masa untuk membuat undian bagi perlawanan antarabangsa, pasukan Azzuri adalah pasukan yang berharap dielakkan daripada bertembung oleh mana-mana pasukan.

Walaubagaimanapun, Azzuri makin kehilangan pemain-pemain berkaliber yang digeruni.Tonggak utama pasukan Itali sudah semakin hampir ke usia persaraan, antaranya Gianluigi Buffon, Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci.

Di antara tahun 1998 – 2006, pasukan yang telah memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali ini dibarisi pemain-pemain yang digeruni and diingini oleh setiap pasukan-pasukan gergasi.Barisan pertahanan mereka terdiri daripada Paolo Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Nesta dan Gainluca Zambrotta.Fabio Cannavaro juga pernah dijulang sebagai pemain terbaik di Piala Dunia 2006.

Jika dibandingkan dengan squad sekarang, hanya Giorgio Chiellini yang kini bermain untuk Juventus, dan bekas pemain sepasukannya, Leonardo Bonucci, yang kini menyarung jersey AC Milan, yang layak untuk dimasukkan dalam kategori tersebut.

Di bahagian tengah pula, mungkin pasukan yang memakai jersey berwarna “Royal Blue” ini kurang memiliki ramai pemain handalan jika dibandingkan dengan posisi lain. Tetapi, ia tidak bermaksud mereka tidak mempunyai pemain yang boleh menjadi tonggak utama untuk pasukan masing-masing. Sebut sahaja nama Andrea Pirlo, Daniele De Rossi and Gennaro Gattuso, pihak lawan pasti terpaksa berjaga-jaga dengan kebolehan mereka.

Juara Dunia tahun 2006 ini boleh dikatakan bernasib baik di bahagian serangan sejak tahun 1998 sehingga 2006. Pasukan Itali kini tidak mempunyai penyerang yang digeruni jika dibandingkan dengan skuad yang terdahulu.

Christian Vieri, Alessandro Del Piero, Francesco Totti, Filippo Inzaghi danjuga Luca Toni adalah nama-nama yang digeruni oleh pihak lawan pada ketika itu. Pemain-pemain handalan ini masing-masing dikatakan dengan mudah akan turun dalam kesebelasan utama buat pasukan masing-masing.

Tetapi kini,buat Azzuri masih samar akan pencarian kelibat pemain pelapis sehebat dulu.Di manakah mereka? Piala Dunia 2018 di Russia ada jawapannya.