Jurulatih Paralimpik Rio, R. Jeganathan, menitiskan air mata ketika memeluk anak didiknya, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, yang berjaya memenangi pingat emas pertama Paralimpik dalam acara pecut 100 meter T36.

"Dia menganggap saya sebagai ayah. Dia sayang sama saya. Inilah anak saya. Terima kasih. Terima kasih. Kini kamu faham sebab saya selalu marah ketika latihan," kata Jeganathan kepada Ridzuan dengan penuh kasih sayang.

Rakan setugas, Fina Nasrom, wartawan Astro Arena, yang menemubual mereka turut mengalirkan air mata dan saya percaya seluruh Malaysia juga berasa sebak tapi pada masa yang sama bangga serta mendapat inspirasi daripada rakaman video itu.

Keakraban Ridzuan dan Jeganathan melambangkan erti sebenar masyarakat berbilang kaum Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama dan bangsa.

Bagi saya, selain pingat emas pertama Paralimpik yang sememangnya istimewa untuk negara, ungkapan “Inilah anak saya” dan pelukan mereka merupakan hadiah paling istimewa untuk Malaysia.

Sukan menyatu-padukan kita dan sukan menyampaikan mesej dan memberi harapan kepada semua bahawa Malaysia cukup istimewa.

Selamat Hari Malaysia!