Bersempena pertembungan Perancis dan Portugal dalam aksi terakhir Kumpulan F Euro 2020 awal pagi tadi, mari kita selami petikan ayat dalam bahasa kedua-dua negara yang ada sangkut paut dengan perlawanan itu.

Di negara otai Karim Benzema, ayat ‘Battre le fer pendant qu’il est chaud’ cukup popular. Maksudnya? Strike the iron while it is still hot.

Ianya membawa maksud semuanya mengenai peluang dan waktu terbaik untuk memanfaatkannya. Sekiranya ada peluang cantik manis terhidang tepat pada masanya, gunalah sebaik mungkin.

Situasi ini paling tepat menggambarkan gol kedua Perancis yang dijaringkan oleh Benzema – otai yang juga menjaringkan gol untuk memadam gol pendahuluan Portugal ciptaan Cristiano Ronaldo di babak pertama.

Gol kedua Benzema pada babak kedua itu mencipta pening Portugal yang tiba-tiba mendapati diri dalam bahaya di laluan terkeluar daripada peringkat kalah mati.

Lebih gah, gol itu juga mengangkat ‘Pak Karim’ secara rasminya dalam buku rekod sebagai pemain paling tua jaringkan lebih satu gol dalam satu perlawanan buat Perancis – pada usia 33 tahun 186 hari!

Sudah 2-1. Portugal – juara bertahan – takkan nak dimalukan begitu sahaja kan?

Takkan CR7 nak berdiam diri kot?

Of course hero mereka tidak akan biarkan skrip tertulis begitu sahaja…. Ini Ronaldo lah, bukan pemain ‘beshe beshe’ yang harap nasib untuk tahu layak ke pusingan seterusnya ataupun tidak!

Nak harapkan Jerman? Hungary? Pedulikanlah mereka. Portugal mahu layak ke kalah mati tanpa bergantung harap kepada keputusan orang lain!

Ketajaman sepakan penalti keduanya membolehkan Ronaldo mencipta lega untuk Portugal mengikat kedudukan.

Kalau Benzema ada rekod, Ronaldo pun tak mahu ketinggalan. Dua gol itu membolehkan Ronaldo menyamai rekod gol jaringan di peringkat antarabangsa yang dipegang legenda Iran, Ali Daei dengan 109 gol. Dan Ronaldo ada match lagi di Euro kali ini untuk mengatasi rekod itu!

Di negara Ronaldo, ayat ‘Quem ri por último ri melhor’ kerap digunakan dengan nada sinis. Ayatnya mudah,namun membawa maksud mendalam – ‘Yang bersorak di saat terakhir akan bersorak paling kuat.’

Dan sorakan gol itulah yang membolehkan kita untuk berbicara tentang pertemuan Portugal yang seterusnya.

Beberapa hari lagi, Portugal bertemu Belgium. Belgium adalah pasukan nombor satu dunia, berbanding Perancis di tangga Jadi bermakna satu lagi halangan getir penuh sukar menanti pasukan kendalian Fernando Santos.

‘Quem brinca com fogo, queima…’ Sesiapa yang bermain dengan api, pasti akan terbakar.

Belgium mungkin akan bawa a fiery performance, namun Portugal – dengan ditunjangi Ronaldo dalam kempen Euro terakhirnya - sudah pasti akan mampu ‘withstand a fire any time, any day!’