Ramai yang mungkin tidak sedar atau memahami impak kegagalan tersebut kepada pembangunan skuad hoki remaja negara. Malaysia menyertai kejohanan tersebut selaku 'juara bertahan' kali terakhir dipertandingkan di Melaka.
Namun mereka rebah di peringkat suku akhir apabila dijinakkan Korea Selatan dalam penentuan 'penalty shootout' selepas terikat 3-3 dalam masa penuh.
Ketika di peringkat kumpulan Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-2 selepas membelasah China 4-0, tewas 5-4 kepada India dan seri dengan Jepun 2-2. Pertemuan yang tidak dijangka dengan Korea di suku akhir membuatkan penyokong hoki tempatan resah kerana kemampuan skuad kendalian Jang Jungmin. Korea Selatan tewas mengejut kepada Bangladesh dalam kumpulan B sekaligus menempatkan mereka di tangga ke-3 dan menjanjikan pertemuan sengit dengan anak anak buah Arul Selvaraj.
Lebih perit apabila Malaysia mendahului 2-0 di babak pertama dan menambah jaringan di babak kedua menjadikan kedudukannya 3-1 berbaki 3 minit permainan sebelum segala galanya huru hara buat benteng pertahanan the Young Warriors.
Mereka dibolosi 2 gol dalam tempoh 2 minit sekaligus memaksa penentuan penalty shootout yang akhirnya berpihak kepada Korea Selatan 4-1 yang mempunyai momentum pada ketika itu selepas mengejutkan pasukan negara di hadapan ribuan penyokong sendiri di Kuantan. Kekalahan di peringkat suku akhir bermaksud Malaysia bukan sahaja gagal pertahankan kejuaraan Hoki Piala Remaja Asia tetapi lebih pahit kerana gagal ke Piala Dunia Remaja di India tahun hadapan.
Cuma 3 pasukan Asia diberi slot ke Piala Dunia selain India selaku tuan rumah kejohanan. Akhirnya, Korea Selatan, Jepun dan Pakistan mengisi 3 slot tersebut Di peringkat separuh akhir Jepun dibelasah India 6-1 manakala Pakistan terpaksa berhempas pulas kalahkan Korea Selatan di penentuan penalty shootout 8-7 selepas terikat 2-2 dalam masa penuh. Korea Selatan mendahului 2-0 sebelum Pakistan menyamakan kedudukan dengan 2 gol lewat.
Penentuan tempat ke-3 dan 4 menyaksikan Korea Selatan tewaskan Jepun 2-1 dan aksi final berpihak kepada India yang membelasah Pakistan 6-2.
Antara nama nama yang menyinar untuk Malaysia di kejohanan tersebut adalah Shahril Saabah, Haziq Shamsul dan Sufi Ismat.
Manakala penjaring terbanyak adalah Harmanpreet Singh dari India. Malaysia berjaya sekurang kurangnya mengembalikan maruah dengan menduduki tempat ke-5 selepas membelasah China 5-1 dan Bangladesh 8-0 dalam penentuan kedudukan 5-8. Impak besar tidak berjaya layak ke Piala Dunia adalah kemungkinan besar hilang tajaan, kurang penampilan di peringkat tertinggi dunia dan yang paling merisaukan adalah kepercayaan anak anak buah Arul serta penyokong hoki tempatan terhadap kemampuan skuad negara ketika dalam situasi tertekan serta kekuatan mental yang masih dilihat kurang menyakinkan.
Pemain pemain juga akan digantikan disebabkan faktor usia dalam kejohanan akan datang kerana had umur adalah bawah 21 tahun. Sayang seribu kali sayang kerana inilah pasukan yang dikatakan antara paling berbakat dari segi individu dan secara berpasukan. Kita sama sama doakan terbaik untuk Hoki Remaja Negara di masa akan datang.
Burn Thevandran
Tue Nov 24 2015