Beraksi ketika usia mencecah 39 tahun dalam saingan liga utama dunia bukan sesuatu yang mudah. Pengorbanan dan disiplin yang tinggi serta komitmen dalam latihan amat ditagih untuk memastikan kecerdasan minda dan kekuatan fizikal dalam perlawanan dapat digunakan. Ini yang dilalui Zlatan Ibrahimovic penyerang prolifik dari Sweden itu.

​Sebagai seorang pemain yang punyai keinginan yang tinggi serta berkarisma itu membuatkan Ibrahimovic masih lagi mampu beraksi pada tahap yang tinggi. Ini telah dibuktikan Ibrahimovic pada perlawanan pertama AC Milan bertemu Bologna dalam saingan Serie A tempoh hari apabila berjaya melakukan dua jaringan kemenangan untuk AC Milan.

Lihat sahaja bagaimana beliau dapat memberi impak yang sungguh luar biasa pada pasukan AC Milan. Dengan aura yang ada pada Ibrahimovic itu dapat menarik keyakinan rakan-rakan sepasukannya untuk memberikan aksi yang terbaik kepada pasukan. Watak yang dimainkan oleh Ibrahimovic itu begitu besar sekali sehingga boleh mempengaruhi rakan-rakan sepasukannya.



Apakah ada faktor lain yang mempengaruhi prestasi Ibrahimovic selain dari disiplin dan komitmen yang diberi?.

Inilah yang perlu diperhalusi oleh semua peminat-peminat bola sepak kerana apa yang berlaku pada hari ini memang begitu menerujakan, dimana bukan sahaja Ibrahimovic dapat memberikan aksi yang konsisten pada usia melebihi 35 tahun tetapi pemain pertahanan Brazil dan juga rakan sepasukan Ibrahimovic semasa di Barcelona iaitu Daniel Alves juga dapat memberikan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan sehingga kini.

Berdasarkan prestasi Ibrahimovic ketika ini sudah pasti sains sukan juga banyak membantu dan mempengaruhi prestasinya selain dari segi disipilin dan komitmen. Itu yang perlu dipelajari oleh pemain-pemain tempatan di Liga Malaysia, bagaimana dengan pengaruh Sains Sukan itu dapat meningkatkan prestasi, kekuatan mental dan fizikal selain keyakinan dalam diri sendiri. Pengetahuan dalam ilmu Sains Sukan itu perlu dipraktikan sejak peringkat akar umbi lagi supaya pemain-pemain tempatan betul-betul memahami betapa pentingnya ilmu Sains Sukan ini.

Kesedaran tentang kebaikan Sains Sukan ini perlu diperluaskan terutama diperingkat sekolah dan kelab-kelab. Ini telah dibuktikan dua pasukan dalam saingan Liga Super seperti Johor Darul Ta’zim dan UITM apabila menekan aspek Sains Sukan dalam mengekalkan prestasi pemain-pemain untuk mencapai tahap maksima dan konsisten ketika beraksi. Ambil sebanyak mungkin ilmu Sains Sukan itu untuk dipraktikkan sebagaimana Ibrahimovic buktikan.