Pada waktu perintah kawalan pergerakan menjadi normal baru buat rakyat Malaysia, Astro Arena terus membawakan 'throwback' menarik yang mewarnai sukan negara sejak sedekad yang lalu.

Akan tetapi, dalam banyak-banyak imbasan kembali, antara yang paling memberi kesan mendalam kepada peminat sukan tanah air adalah final Piala Thomas 2014.

Pedihnya masih terasa sehingga hari ini.......

Sinopsis ringkasnya:-

Malaysia begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir pada 1992.

Layak ke final selepas menyingkirkan seteru dan juara paling berprolifik Indonesia.

Skuad negara diketuai Datuk Lee Chong Wei cetus kebangkitan semula selepas ketinggalan 1-2 tetapi kecundang 3-2.

Meskipun keputusan pertemuan ini sudah diketahui, duka menyaksikan semula pertembungan final ini masih seperti luka yang baru berdarah.

Sekali gus membangkitkan persoalan, di manakah anggota skuad 2014 ini pada tahun 2020.

Perseorangan:

Datuk Lee Chong Wei
- Umum sudah tahu pencapaian DLCW untuk badminton dunia, dan selepas hampir dua dekad mengerah keringat buat Malaysia, barah hidung memaksa dia untuk bersara pada Jun 2019.

Chong Wei Feng
-Final 2014 menyaksikan Wei Feng tewas straight sets kepada Kento Momota dan pemain kidal ini dianggap antara pelapis berpotensi dalam era DLCW.

-Kini sedang membantu skuad kebangsaan sebagai pelatih dari semasa ke semasa selepas bersara daripada arena profesional pada 2019.

Liew Daren
-Kalau Malaysia kecewa, Daren pasti lebih kecewa pasca final 2014 itu selepas tersungkur aksi tiga set dalam pertembungan penentuan di tangan Takuma Ueda

-Masih aktif sehingga hari ini sebagai perseorangan profesional di sebalik belenggu siri kecederaan.

Goh Soon Huat
-Penampilan Soon Huat untuk kempen ini terhad kepada aksi peringkat kumpulan dan potensi sebenar terserlah apabila bertukar portfolio kepada acara beregu campuran.

-Antara beregu terbaik Malaysia disamping gandingannya Shevon Lai.

Beregu :

Tan Boon Heong / Hoon Thien How
-Untuk kempen ini, Boon Heong dan Thien How merupakan taruhan utama negara selepas perpisahan Boong Heong bersama Koo Kien Keat.

-Keserasian Boon Heong dan Thien How sejak zaman remaja menyaksikan mereka konsisten sepanjang kempen kecuali kekalahan di final itu.

-Boon Heong sedang dalam peralihan daripada pemain profesional kepada bidang kejurulatihan sementara Thien How kini sebahagian daripada barisan kejurulatihan beregu lelaki kem kebangsaan.

Goh V Shem / Tan Wee Kiong
-Delhi 2014 adalah di mana lahirnya gandingan moden terbaik Malaysia ini memandangkan mereka adalah kombinasi bidan terjun atau Scratch Pair.

-Kemuncak kerjaya pada 2016 selepas layak ke final Sukan Olimpik Rio dan seterusnya menamatkan musim sebagai No 1 Dunia dengan gelaran Siri Super Final.

-Masih aktif di sebalik turun naik prestasi sebagai gandingan profesional.

Lim Khim Wah / Chan Peng soon
(Untuk kempen ini mereka tampil sebagai watak sokongan)

-Khim Wah yang kini pelatih kepada kem profesional negara adalah gandingan asal V Shem sebelum jurulatih skuad ketika itu Pang Cheh Chang mengambil keputusan mengejutkan semua seteru di lapangan.

-Bersama V Shem sebelum kempen dan pada tahun yang sama mereka memenangi Terbuka Malaysia yang bertaraf Siri Super Perdana.

-Chan Peng Soon pula akan dikenang sebagai legenda apabila dia menggantung raket nanti sebagai ikon Beregu Campuran bersama Goh Liu Ying.

-Masih utuh bersama Liu Ying sebagai pasangan profesional dan dalam landasan untuk layak ke Olimpik Tokyo 2021.

Sejak kempen 2014 ini, skuad lelaki Malaysia sudah berwajah baru dan diterajui kudrat muda diketuai Lee Zii Jia.

Dan harapan Persatuan Badminton Malaysia,BAM adalah besandarkan kepada sasaran kembali ke pentas final pada 2024.