Bezanya bukan pingat emas jadi rebutan dan bukan wang ringgit jadi buruan tetapi kebangkitan satu ideologi.

Cetusan Kementerian Belia dan Sukan menerusi menterinya Khairy Jamaluddin, buat rakyat Malaysia untuk satu hari memahami apa ertinya menjadi sebahagian daripada falsafah "A Sporting Nation"

Saya yang enggan ketinggalan menjadi sebahagaian daripada sejarah ini turut cuba mendampingi lebih 17 ribu acara yang dianjurkan diseluruh negara.
Dari ujian ketahanan diri seperti "Spartan Race" sehinggalah aksi sukan mempertahan diri MMA Malaysian Invasion.

Disebalik inisiatif membakar kalori dan mengerah keringat,Sabtu 10 Oktober itu,untuk satu hari juga mampu menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia.

Hanya sukan yang berupaya buat Malaysia memberi tumpuan kepada kebanggaan menjadi rakyat daripada individu pelbagai latar belakang ,mengetepikan sengketa politik dan pemahaman peribadi.

Laman sosial juga meriah dengan status pangkat dan ego diketepikan, memberi laluan buat cabaran persaingan sihat sebagai latarbelakang utama,tulis sahaja #harisukannegara di twitter atau instagram anda akan faham apa maksud saya.

Saya percaya seperti legasi kebangaan milik Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, Skuad Harimau Malaya Atau The Malaysian Hockey Tigers,Hari Sukan Negara pasti menjadi ideologi yang akan lekat di hati seluruh rakyat Malaysia.