Sebaliknya, Florentino Perez mengambil langkah drastik dengan melantik Zizou selaku ketua jurulatih yang baru. Sebelum ini, Zizou hanya pernah menjadi pembantu kepada ketua juruatih di Real Madrid, dan juga membimbing skuad belia di kelab itu.

Zinedine Zidane memang tidak asing lagi dengan kelab Diraja Sepanyol itu, selaku bekas ketua pasukan dan telah memenangi berbagai anugerah bersama Real Madrid, prinsip yang dipegang oleh lagenda sepanjang zaman itu amat digemari presiden kelab, Florentino Perez yang amat berharap Zizou mampu mengembalikan kegemilangan yang pernah diraih sebagai pemain suatu masa dahulu.

Perez dilihat terlalu yakin dan berani mempertaruhkan Zizou bagi membimbing Real Madrid sehingga ucapannya pada majlis pengumuman jurulatih baru, dilihat terlalu menyanjung tinggi Zinedine Zidane. Namun perkara itu dilihat berasas kerana umum sedia maklum, Zidane memiliki magis di atas padang, cuma kebolehannya selaku jurulatih belum benar benar teruji.

Penulis percaya, Zizou akan melakukan beberapa jualan dan belian pemain baru bagi menguatkan skuadnya, dan Eden Hazard dikhabarkan bakal menjadi buruan utama dalam pintu perpindahan terdekat ini.

Barang diingat, sepanjang 12 tahun menjadi presiden kelab, Florentino Perez telah menukar ganti sebanyak 11 ketua jurulatih. Jadi adakah jodoh Zizou mampu bertahan untuk sekurang kurangnya 2 atau 3 musim bersama Real Madrid ?