Radio Arena akan membawa sukan dalam konteks berbeza dari segi penyampaian yang lebih santai dan juga penglibatan dari peminat-peminat yang lebih proaktif.

Saya akan mengendalikan segmen “Side Line!” yang menampilkan atlit berbeza setiap minggu. Dedikasi kepada remaja dan peminat sukan tanah air, segmen ini akan membawa pendengar untuk mengenali atlit negara dengan lebih dekat di samping mengenali sisi kehidupan mereka dengan lebih rapat lagi.

Apakah lagu-lagu di dalam playlist Safuwan Baharudin? Betul kah R. Gopinathan membela 10 ekor kucing?

Mungkin ramai yang mengenali kedua nama ini sebagai pemain bolasepak yang pastinya mampu memperkuatkan pasukan PDRM dan Selangor buat musim 2016.

Namun berapa ramai daripada peminat mengenali Safuwan sebagai family man yang beraksi di padang demi isteri dan anak? Merekalah yang sentiasa menjadi sumber inspirasi buat pemain Singapura ini.

Selain skill bolasepak yang dimilikinya, berapa ramai pula yang mengenali R. Gopinathan sebagai pencinta haiwan yang membela kucing bagi mengisi masa lapang? Mungkin fakta tentang Gopi ini tidak pernah disangka oleh ramai peminat!

Begitu juga dengan Adam Nor Azlin yang baru-baru ini diumumkan sebagai pemain The Red Giants setelah beraksi bersama Harimau Muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee - benar Adam antara prospek terbaik dalam dunia bolasepak Malaysia kini, namun siapakah Adam di sebalik jersi kebangsaan dan lencana pasukan Selangor?

Side Line! ingin menampilkan atlit Malaysia sebagai manusia biasa yang ada minat masing-masing, identiti sendiri di luar dunia sukan, dan juga kisah kehidupan mereka yang mungkin di luar jangkaan para peminat.

Siapakah mereka di sebalik imej atlit negara? Dapatkan info luar padang tentang atlit kesayangan anda dalam segmen “Side Line!” setiap Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam di Radio Arena menerusi aplikasi RAKU ataupun dengar.arena.my!