Itulah pandangan yang penulis sering dengar di bibir–bibir segelintir peminat bola sepak kita. Ya sudah pasti sekarang ini banyak pihak memandang serong akan situasi semasa pasukan kebangsaan kita. Tetapi ia tidak bermakna bahawa ianya akan sentiasa terkubur begitu sahaja.

Malah, perkembangan positif itu bukannya tiada tetapi ianya tidak berguna jika sesetengah mentaliti itu masih berada di takuk yang lama.

Bila kita nak berubah? Bukankah sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita berubah dan mula keluar dari zon selesa?

Bukankah sepatutnya sekarang kita seharusnya mula untuk menguji kemampuan kita di peringkat yang lebih tinggi? Saya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Namun, demi semangat cinta akan bola sepak itu sendiri, saya yakin bahawa kita mampu untuk membuat perancangan yang baik demi kebaikan bola sepak tanah air.

Kita masih tidak gagal sepenuhnya. Walaupun telah melalui pelbagai onak dan duri selama ini, masih tidak mustahil untuk kita bangkit semula. Saya percaya bahawa masih ramai lagi individu yang sentiasa inginkan kebangkitan bola sepak tanah air dan saya juga percaya selagi masih ada individu yang tidak menyerah kalah selagi itulah kita mampu untuk bangkit InsyaAllah.

Gagal sekarang tidak bermakna kita gagal selamanya. Akan tetapi, menyerah kalah sebelum sesuatu adalah kegagalan yang sebenar.