Usaha Sebastian Vettel menamatkan saingan tempat kedua Grand Prix Hungary dibatalkan, yang turut mencetus kontroversi apabila menyarung baju LGBTQ+ ketika lagu kebangsaan Hungary dimainkan.

Esteban Ocon mencipta kejutan memenangi perlumbaan semalam, dengan Vettel menamatkan perlumbaan di hadapan Lewis Hamilton, yang bangkit daripada tempat terakhir sebelum melintasi garisan penamat di tempat ketiga.

Permulaan penuh dramatik yang melibatkan pelanggaran di Selekoh Pertama, litar basah menyebabkan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas yang bersama-sama Charles Leclerc (Ferrari), Lance Stroll (Aston Martin), Sergio Perez (Red Bull) dan Lando Norris (McLaren) terpaksa menamatkan saingan daripada perlumbaan.

Hamilton kemudian jatuh ke tangga ke-14 sebelum bangkit Hamilton melintasi Fernando Alonso dalam pertembungan epik 10 pusingan sebelum turut menemui ruang melintasi Carlos Sainz, juara dunia tujuh kali itu tidak sempat untuk mengejar Vettel.

Bagaimanapun, pelumba Britain itu meraih tempat kedua selepas saingan Vettel dibatalkan.

Peraturan teknikal F1 menyatakan bahawa pesaing perlu memastikan sampel bahan bakar 1.0 liter dapat diambil daripada jentera pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, perwakilan teknikal FIA, Jo Bauer, harus merujuk Vettel hanya berjaya mengambil sampel 0.3l.

"Setelah perlumbaan diperiksa pada nombor kereta 05 sama ada sampel bahan bakar 1.0 liter dapat diambil daripada jentera tersebut," menurut kenyataan Bauer.

"Hanya sampel 0.3 liter dapat diperoleh berbanding 1.0 liter yang diperlukan mengikuti prosedur yang ditetapkan dalam Artikel 6.6.4 dari Peraturan Teknikal Formula Satu 2021.


Pembatalan saingan Vettel juga bermaksud Sainz menduduki tempat ketiga, sementara Hamilton memperoleh dua mata lagi dalam kedudukan juara, dengan Verstappen naik satu tanggan ke tempat kesembilan.

Sebelum perlumbaan, Vettel memakai kemeja-t bercorak pelangi dengan slogan "cinta yang sama" semasa lagu kebangsaan Hungary dimainkan.

Vettel menunjukkan sokongan terhadap komuniti LGBTQ+ sepanjang hujung minggu ini. Kerajaan Hungary baru-baru ini memperkenalkan undang-undang yang dikritik hebat, termasuk melarang mempromosikan homoseksual dalam pendidikan sekolah atau rancangan TV untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun.

Tahun lalu, pemerintah negara itu meluluskan undang-undang yang mencegah pasangan sesama jenis mengambil anak angkat dan mengakhiri pengiktirafan undang-undang untuk mengubah jantina.