Walaupun sukan ini boleh di katakana sukan yang masih membangun di sini, kita dapat lihat akan kepesatan sukan ini hari demi hari. Namun, tujuan saya menulis pada hari ini bukanlah ingin merungkai apa itu sukan futsal secara keseluruhan. Tetapi, saya ingin memperkatakan tentang skuad futsal wanita negara yang di kenali dengan nama ‘TIGIRLS’.

Para peminat futsal tempatan sudah tentu tahu akan kebolehan skuad futsal lelaki kebangsaan di peringkat antarabangsa malah saya ingin perkatakan skuad wanita juga tidak kurang prestasi mereka. Memang tidak dapat di nafikan lagi bahawa sukan ini sering di anaktirikan oleh badan induk bola sepak negara. Namun, itu semua dilihat bukanlah penghalang bagi mereka.

Tambahan, pada awal minggu ini telah pun bermula Kejuaraan Futsal Wanita AFC buat julung kali. Selaku tuan rumah, pasukan kebangsaan kita dilihat mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang perlawanan peringkat kumpulan di mana mereka layak ke pusingan separuh akhir dengan mengalahkan Uzbekistan dan Hong Kong. Walaupun tewas dengan jumlah yang besar di tangan Jepun pada peringkat separuh akhir, skuad srikandi negara ini wajar diberi pujian.

Saya amat tertarik dengan corak permainan yang di terapkan oleh Chiew Chun Yong. Bahkan beliau di lihat begitu konsisten dalam mengatur strategi bagi pasukan yang disatukan tidak sampai satu bulan. Tidak kurang juga dengan dua orang pemain negara iaitu Fatin Shahida dan Farahiyah Ridzuan. Kedua- kedua mereka di lihat sebagai playmaker bagi pasukan kebangsaan. Malah , setakat ini Farahiyah berada di carta teratas selaku penjaring terbanyak kejohanan.

Akhirnya, saya mempunyai harapan yang jitu bahawa sukan futsal ini tidak harus di pandang enteng oleh pihak yang terbabit. Kita seharusnya melihat sukan ini sebagai salah satu asset yang mampu untuk melonjakkan negara. Apa yang pasti, jika kita inginkan kemajuan dalam bola padang, skuad futsal juga harus diberi perhatian. Kita tidak seharusnyg ada membiarkan bakat – bakat yang ada di negara ini dibiarkan begitu sahaja.