Begitu juga dengan panel-panel dan pencinta-pencinta bola sepak yang hadir pada forum itu menunjukan satu sikap yang professional walaupun ada provokasi melalui soalan-soalan yang diajukan. Ini menunjukan satu perubahan yang positif dan perubahan minda dikalangan mereka-mereka ini.


Apa yang lebih penting kita dapat melihat bagaimana kesederan dikalangan masyarakat yang cinta dan sayangnya mereka terhadap bola sepak negara dimana ia telah membawa satu perubahan minda dan tindakan. Pandangan dan pendapat yang diberikan didalam forum ini sungguh menarik sekali salah satunya seperti apa yang saudara Izham (CEO PFAM) lontarkan bagaimana ada pemain-pemain dibuli oleh majikan.

Ini perlu diambil perhatian sepenuh oleh badan induk bola sepak negara dimana hak-hak pemain perlu dijaga. Begitu juga kepada pemain-pemain perlu beri khidmat yang terbaik sekiranya hak mereka dibela majikan dan sebagai seorang proffesional.

Kesedaran dari segi minda ini amat berguna kerana ia akan membantu kita untuk mencapai matlamat kita dalam memajukan bola sepak kita. Tanggungjawab itu tidak berakhir disitu kerana bagaimana ingin maklumat dan perubahan minda ini perlu sampaikan kepada keluarga-keluarga yang anak-anaknya berminat menjadikan bola sepak ini sebagai kerjaya mereka suatu hari nanti. Ini perlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mencapai matlamat dan impian bagi membangunkan bola sepak negara.

Tahniah kepada pihak penganjur Real Friends yang berjaya merealisasikan forum ini berjalan dengan lancar dan tersusun secara professional dan ini juga forum terbaik dalam perbincangan bola sepak.