Selesai sudah dapatkan tiga mata, walaupun dalam keadaan permainan yang baik tapi dua kali Kemboja berjaya menjaringkan gol dahulu.

Sepatutnya kita boleh mendapatkan gol lebih awal dari segi cara corak serangan awal kita itu.

Tetapi keadaan agak kelam-kabut dari keputusan pembantu pengadil dari Sri Lanka dan pengadil dari Oman yang membuatkan benteng pertahanan kita terpaksa memberikan laluan kepada penyerang muda kemboja untuk menjaringkan gol pertama mereka.

Keputusan agak megelirukan pada mulanya tetapi kalau dilihat gambaran penuh besar ia keputusan yang betul dibuat oleh pengadil dari Oman itu.

Sebelum keadaan keputusan pembantu pengadil itu dibuat dan isyarat bendera diangkat pemain kita sendiri menjangkakan pemain itu dalam ofsaid tetapi keadaaan sebalik nya berlaku.

Bangkit dua kali selepas ketinggalan cukup untuk kita pelajari dan tahu apa yang perlu kita lakukan nanti berdepan dengan Vietnam .

Vietnam pula menang dengan Myanmar 2-1 tetapi tentu mereka akan bermain dengan corak yang berlainan sedikit kerana kita sedia maklum mereka ini bermain dengan corak serangan yang cepat pantas dan laju ketika melakukan serangan.

Cuma mungkin perkara yang menarik berlaku ialah kedua-dua pasukan ini boleh menjaringkan gol tetapi pada masa yang sama mereka juga boleh bolos gol dengan mudah nanti.

Kita mengharapkan nanti percaturan Dato Ong Kim Swee betul dan mengena dari sudut pemain yang akan diturunkan tactikal formasi juga kemas untuk menang ke atas Vietnam nanti.