Kata orang, kail panjang sejengkal jangan berangan nak mancing laut nanti kau dapat lumut!

Finland balas - alang-alang menyeluk pekasam, biar jer lah - inikan sejarah!

Ini nak cerita apa ni? Rileks, nak review kekalahan Finland la ni. Tapi sebelum tu kita kena tau situasi Finland. Ini penampilan pertama, tak ada pengalaman dan tak biasa keluar terowong pemain di Piala Dunia mahupun Kejohanan Eropah (Euro).

Masa Finland layak pun sambutan macam menang dah piala. Bayangkan masa tahun 2017 Finland pernah duduk ranking 110 FIFA tapi tak sampai 3 tahun naik ranking 58!

Kalaulah Malaysia macam tu. Eh! lari tajuk pulak.

Jadi diaorang tak peduli pun kalau tersingkir awal sekalipun, biarlah apa orang nak kata. Masa menang dengan Denmark 1- 0, perlawanan pembukaan, memang ramai yang puji melambung.

Walaupun Denmark masa tu tak main sungguh-sungguh sebab kes Cristian Eriksson pengsan! Tapi Denmark kot – Pasukan Bangsawan.

Jadi masa lawan Russia ni harapan memang menggunung, sebab kalau menang memang sejarah lah, mara ke pusingan 16 terbaik. 1st eleven Finland memang yang terbaik dipertaruhkan pengendali Markku Kanerva.

Joel Pohjanpalo, penyerang Finland yang beraksi dengan kelab Jerman, Union Berlin buat penyokong lantang Rusia terdiam seketika, at least dalam tempoh 10 minit.

Tandukan terbang Pohjanpalo memang padu, terkedu jugak saya masa menonton secara langsung di Astro Supersport. Tapi sayang, lepas dah `celebrate` bagai nak rak, VAR sahkan Pohjanpalo ‘off side’.

Tak adil betul, sebab sikit jer kepala Pohjanpalo melepasi pemain terakhir Rusia. Kecewa!

Tu jer lah percubaan terbaik Finland, rasanya kecewa kot dengan VAR yang meragut peluang. Tapi tabik pada penjaga gol Finland, Lukas Hradecky. Banyak percubaan tepat Rusia ditepisnya, termasuk dengan hanya sebelah tangan. Bravo!

Tetapi bocornya Hradecky di masa kecederaan separuh masa pertama dek kerana kebijaksaan Aleksei Miranchuk - menghampakan saya yang memang nak Finland cipta sejarah!

Memang 1 kerugian yang sangat besar, kerana menanti di perlawanan ke 3 ialah pasukan terbaik dunia Belgium!

Tapi kan alang-alang menyeluk pekasam, biar jer lah . Apa nak jadi jadilah, biarlah Belgium yang datang sekalipun. Finland memang dah pun ukir sejarah.

Kaikki Parhaat FInland!