Tony Ferguson, individu yang sepatutnya berdepan dengan juara bagi kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov tumbang mengejut kepada Justin Gaethje pada UFC 249.

Terdahulu, figura terkenal, Khabib Nurmagomedov menarik diri bagi saingan 2020 atas alasan penularan wabak covid -19 yang semakin teruk dan beliau sendiri tidak mahu meninggalkan kampung halamannya di Rusia. Tindakan itu sekaligus menyaksikan Khabib gagal mempertahankan kejuaraannya.



Secara tidak langsung, tempat Khabib diganti oleh Justin Gaethje dan perlawanan terpaksa diadakan di Florida, venue tanpa kehadiran penonton. Ferguson yang tidak pernah tewas sejak 2012 dilihat mudah tunduk dibelasah Justin yang beraksi cemerlang sehingga memaksa Ferguson dikejarkan ke hospital selepas tamat perlawanan.


Presiden UFC, Dana White mengesahkan perkara tersebut selain beliau juga turut terkejut dengan tumbangnya Ferguson. Dana White turut memberi komen yang mengatakan Ferguson beraksi tidak seperti biasa dan pergerakannya sedikit perlahan. Aksi cemerlang Justin turut mendapat pujian Khabib yang memberikan ucapan tahniah kepada atlet dari Amerika Syarikat itu, selain Ferguson sendiri yang mengakui lawannya itu beraksi dengan cemerlang serta ketiadaan penonton yang turut menggangu fokusnya.

Kemenangan ke atas Ferguson sekaligus menyaksikan Justin layak untuk beraksi berdepan Khabib Nurmagomedov. Selaku atlet profesional, Justin amat mengagumi pencapaian Khabib yang tidak pernah tewas sekalipun dengan rekod 28-0, sekaligus menaikkan semangatnya untuk berdepan atlet dari Rusia itu.

Atlet berusia 31 yang baru sahaja memenangi kejuaraan interim turut berhasrat bertembung dengan Conor McGregor selepas berdepan Khabib. Namun kejuaraan interim yang dimenangi memaksa beliau perlu hadir ke gelanggang lawan di Ireland. Menyifatkan berdepan Khabib dan The Notorious adalah impiannya sejak melihat kejayaan yang diraih dua individu berpengaruh itu.

Sementara itu, bagi atlet 'nakal', Conor McGregor, beliau sendiri turut menyatakan kesediaan untuk kembali beraksi di dalam octagon selepas lama berehat. Mungkin gerakan kunci Khabib sudah tidak lagi menghantuinya. hehe...