FAM secara terang terangan telah gagal mengangkat martabat bola sepak tanah air apabila selama 31 tahun kita masih berada di takuk lama , malahan lebih teruk.

Manakala bagi KBS, kata sepakat harus diambil segera kerana tanpa kerjasama dari pihak FAM selaku persatuan sah yang berdaftar dengan FIFA, tidak banyak yang boleh dilakukan.

Inisiatif yang dilakukan KBS dengan adanya NFDP disambut baik semua pihak, tapi tahukah anda, pelan pembangunan itu hanyalah untuk remaja sehingga berusia 17 tahun , dan selepas itu, FAM lah yang menentukan hala tuju mereka. Jadi apa gunanya di canang tentang kehebatan mereka sekarang, jika akhirnya kesemua mereka akan duduk di bawah persatuan yang sudah terbukti gagal membawa kejayaan di pentas antarabangsa.

Bola sepak sepatutnya sudah menjadi agenda negara yang perlu diselaraskan diantara kerajaan dan persatuan bola sepak itu sendiri.

Jika keadaan terus kekal begini, jangan bermimpi mahu melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia , kerana tangan tangan yang menguruskannya belum cekap lagi tentang bola sepak.