Apabila Liverpool tewas di tangan Brighton di Anfield tempoh hari ia telah memberi satu harapan yang besar kepada penyokong-penyokong Manchester United.

Di mana ia telah membuka peluang pada Manchester United untuk terus melebarkan jurang mata di antara kedua-dua pasukan itu selain peluang terbaik untuk Man United terus mengekori rapat pendahulu liga, Manchester City.

Namun ia tidak menjadi realiti kerana Man United hanya mampu menggutip satu mata ketika bertemu Everton semalam. Ini sudah tentu mengecewakan penyokong-penyokong Man United apabila Everton berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada masa tambahan.

Ole Gunnar Solskjaer juga akui yang beliau rasa agak kecewa apabila Everton berjaya menyamakan kedudukan itu sedangkan tiga mata penuh sudah ada dalam genggaman, tetapi itulah bola sepak selagi tiupan wisel penamat tidak dibunyikan selagi itu masih ada peluang untuk setiap pasukan mencari jaringan.

Kelalaian pemain-pemainnya pada saat-saat akhir itu telah memusnahkan harapan penyokong-penyokong Man United sendiri apabila Man United masih ketinggalan dua mata di belakang Man City. Melihat dari persembahan dari awal permainan ia nampak meyakinkan untuk Man United menang dengan selesa setelah berjaya memdahului Everton dengan dua gol hasil jaringan Endison Cavani dan Bruno Fernandes pada separuh masa pertama.

Kegagalan megawal permainan pada minit-minit awal separuh masa kedua oleh Man United itu telah memberi ruang kepada anak-anak buah Carlo Ancelotti untuk bangkit dan mencari jaringan pertama dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang dan seterusnya menyamakan kedudukan dalam jangka masa sepuluh minit.

Hanya sedikit kealpaan itu telah membawa perubahan pada setuasi permainan dan sudah tentu ia memberi tekanan kepada pemain-pemain Man United. Namun dengan pengalaman dan reputasi yang ada pada Man United itu telah membangkitkan kembali semangat anak-anak buah Solskjaer dan akhirnya mereka berjaya mendahului buat kali ketiga melalui Scott McTominay.

Itu tidak melemahkan semangat anak-anak buah Ancolotti sebaliknya mereka terus melawan untuk memberi tentangan dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan. Inilah semangat juang yang perlu di perhalusi dan lihat bagaimana pada awalnya mungkin Everton tewas tetapi pemain-pemain bangkit dengan semangat berpasukan yang jitu untuk menidakkan kemenangan Man United. Keyakinan yang tinggi serta kepercayaan pada kemampuan pasukan itu memberi kejayaan pada Everton untuk mencipta kejayaan yang manis di tempat lawan.