Harry Kane berkata untuk sekalinya ia berpihak kepada England selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan bagi menempah slot ke final Euro 2020 bertemu Itali.

England menang 2-1 ke atas Denmark dengan Kane menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-104, meledak masuk bola selepas percubaan awalnya menerusi sepakan penalti berjaya ditepis Kasper Schmeichel.

Peluang itu hadir selepas England dipaksa bangkit daripada ketinggalan apabila Mikkel Damsgaard dengan cemerlang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma.



England menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Simon Kjaer sebelum tamat separuh masa pertama, sebelum Raheem Sterling meraih penalti dalam masa tambahan apabila dikasari Joakim Maehle.

Kemenangan England memastikan mereka mara ke final Kejuaraan Eropah buat pertama kali, selepas deretan kegagalan mereka di pentas antarabangsa, termasuk ketika ketua jurulatih, Gareth Southgate, bertindak sebagai pemain ketika gagal menjaringkan penalti pada Euro 96 dan gol 'Hand of God' Diego Maradona dalam Piala Dunia 1986.

"Buat pertama kali ia memihak kami hari ini," Kane kepada ITV. "Pujian diberikan kepada pemain-pemain atas persembahan yang dipamerkan.

"Kami bertindak balas dengan baik ketika ketinggalan 1-0, kami mengendalikan permainan, berusaha hingga ke masa tambahan, mendapat penalti, dan perlawanan ini sudah kelihatan menjadi milik kami."