Raheem Sterling bakal dijadikan taruhan England dan satu lagi aksi terbaik daripada bintang Manchester City itu akan menjadi pemisah bertemu Itali.

Ia merupakan pandangan kapten England, Alan Shearer, menjelang final Euro 2020 di Wembley awal pagi Isnin ini.

England mara ke final kejohanan utama buat pertama kali sejak 1966 apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Denmark 2-1 dalam masa tambahan.

Sterling menghasilkan persembahan cemerlang dan meraih sepakan penalti yang disempurnakan menerusi Harry Kane.



Shearer percaya penyerang City, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Croatia, Republik Czech dan Jerman, dan merupakan pemain paling cemerlang bagi England.

"Dua pasukan terbaik kejohanan mara ke final, dan ia akan menjadi perlawanan yang sengit," kata Shearer.

"Itali telah melewati 33 perlawanan tanpa kalah dan ia membuktikan mereka pasukan yang kuat. Mereka bermain sebagai satu unit.

"Tetapi England turut telah menampilkan aksi yang berkualiti juga, dan ramai pemain telah memberikan sesuatu kepada pasukan.

"Ia merupakan Harry Kane yang membawa England ke final dengan jaringan kemenangan ke atas Denmark dan dia telah beraksi baik sepanjang perlawanan. Sama juga Harry Maguire, dan semua pemain pertahanan.

"Pemain terbaik England adalah Raheem Sterling. Dia sukar dikawal dan ia adalah persembahan terbaik ketika menyarung jersi England.

"Jika dia mengulangi prestasi ini, England berpeluang bergelar juara.

"Mereka juga akan dibantu oleh pemain ke-12 di Wembley. 65,000 sekali lagi hadir ke final, dan majoritinya berada di belakang England.

"Mereka telah banyak membantu ketika bertemu Denmark dan sentaisa menyokong pasukan walaupun ketinggalan 1-0."