APABILA kali pertama kita lihat barisan pasukan dalam Kumpulan E Euro 2021 kali ini, yang dianggotai Slovakia, Poland, Sweden dan Sepanyol, ramalan awal pastinya terarah kepada Sepanyol dan Sweden sebagai pasukan pilihan untuk layak.

Tapi petanda awal selepas siri perlawanan pertama, siapalah sangka Slovakia yang kini jadi peneraju kumpulan selepas satu-satunya meraih kemenangan. Inilah bolasepak, apa-apa boleh jadi.

Sepanyol memang layak dianggap ‘pasukan bangsawan’ Euro, setelah pernah tiga kali merangkul mahkota kejuaraan. Jadi memang bukan pelik apabila mereka kekal sebagai antara pasukan yang jadi pilihan.

Tetapi ketika bertemu Sweden, aksi pertemuan layak dianggap bosan bagi pasukan bergelar ‘La Roja’ yang memiliki barisan pemain dengan krebiliti tinggi di Eropah!

Memang tidak dinafikan, kesan pandemic Covid-19 meninggalkan kesan kepada Sepanyol. Akibatnya, kapten luas pengalaman, Sergio Busquets – orang lama daripada skuad juara Piala Dunia 2010 – terpaksa disisihkan.

Tetapi orang lama atau orang baru, itu tidak boleh dijadikan alasan. Tiada orang lama, orang baru yang hadir sebagai pengganti seharusnya standing. Samalah juga apabila pengendali paling berjaya Vicente Del Bosque digantikan pengendali sekarang, Luis Enrique.

Ikutkan rekod, Sepanyol memang ‘no luck’ di perlawanan pembukaan. Possession lebih 80 peratus, cubaan tepat pun jauh lebih banyak daripada Sweden.Nak sedapkan hati? Throwback 11 tahun lalu pun, mereka tewas kepada Switzerland pada aksi pembukaan tetapi akhirnya berjaya juga dinobatkan sebagai juara!

Teringat kata-kata tonggak skuad Sepanyol yang muncul juara Piala Dunia di Afrika Selatan, Cesc Fabregas: “It's not how you start, it's how you finish".

Harap-harap Sepanyol hanya lambat panas di awalnya sahajalah. Jangan lambat sangat, sebab Euro akan hilang seri jika Sepanyol tidak mara jauh.