Euro 2020: Rooney perjelas halangan England daripada muncul juara

Ammar Hakim
Jun 16, 2021 08:09 MYT
Bekas pemain kebangsaan England, Wayne Rooney, mengakui skuad Three Lions memiliki kualiti yang banyak namun kekurangan pengalaman untuk menjuarai Euro 2020.
England bermula dengan langkah kanan dalam saingan Kejuaraan Eropah selepas mengatasi Croatia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Ahad lalu.
Croatia dilihat sebagai cabaran paling sukar England dalam peringkat kumpulan Euro 2020, tetapi skuad kendalian Gareth Southgate berjaya menemui jalan untuk mengatasi finalis Piala Dunia 2018 dengan persembahan yang cemerlang.
Aksi pembukaan England meningkatkan lagi jangkaan kemampuan pasukan, namun Wayne Rooney percaya ujian sebenar akan hadir dalam peringkat kalah mati apabila England berdepan lawan yang lebih sukar.

Great start to the tournament @England ????????? #EURO2020 pic.twitter.com/LIvx02huC4

— Wayne Rooney (@WayneRooney) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka bertemu Scotland Jumaat ini, selepas mengatasi Croatia, mereka berdepan jalan mudah untuk ke pusingan seterusnya," kata Rooney.
“Kami perlu melihat apabila England bertemu lawan seperti France, Spain, Portugal atau Belgium. Di situ baru kita semua akan dapat lihat kesukaran yang bakal dihadapi England. Terdapat kekurangan pengalaman dalam skuad tetapi mereka memiliki banyak kualiti. Namun ia mampu menghukum mereka di Euro 2020."
Seperti pemain, Gareth Southgate juga bukan pengurus paling berpengalaman di pentas antarabangsa. Di bawah bimbingannya, England berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018, tetapi ketinggalan menentang pasukan yang lebih mantap.

A positive start ? Here's the Group D table after the first round of matches. Next up: Scotland at @wembleystadium on Friday night. pic.twitter.com/vFNqhEeqkD

— England (@England) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Three Lions bakal berdepan skuad Scotland yang meratapi kekalahan 2-0 di Hampden Park kepada Republik Czech, dan mampu menghadirkan ancaman buat mereka.
The Scots selalunya mempamerkan aksi terbaik ketika bertemu England, dan bertemu dalam kejohanan utama bakal menhadirkan pertembungan yang menarik antara kedua-dua pasukan.
#Wayne Rooney #England #Gareth Southgate #Croatia #EURO 2020