Kegagalan Portugal mengawal setiap sudut pergerakan pantas dan tersusun Jerman semalam telah memberi ruang dan kelebihan pada Jerman untuk mendominasi perlawanan dan akhirnya mencipta kemenangan yang diinginkan bagi membuka peluang Jerman untuk mencari satu tempat dalam Kumpulan F ke pusingan 16, dimana Kumpulan F ini dikategorikan sebagai kumpulan maut.

Setelah tewas pada perlawanan pertama menentang Perancis (0-1) sudah pasti ia memberi tekanan pada juara Eropah 3 kali itu dan pasti menyedarkan anak-anak buah Joachim Low untuk bangkit untuk memberi aksi terbaik mereka.

Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 menampakkan keberkesanan kali ini apabila Jerman berjaya memberi tekanan kepada pertahanan Portugal dari minit-minit awal permainan. Dimana Jerman menggunakan kepantasan Joshua Kimmich dan Robin Gosens untuk melakukan hantaran-hataran lintang patas (early cross) ke bahagian belakang pertahanan Portugal. Ini membuatkan pertahanan Portugal kuca-kacir kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan kepada pemain-pemain Jerman yang sering melakukan larian-larian pantas dari belakang seperti Kai Havertz dan Thomas Muller.

Ini boleh di lihat bagaimana ke empat-empat gol Jerman bermula dari hantaran lintang pantas shingga mematikan langkah pemain-pemain pertahanan Portugal. Menggunakan formasi 3-4-3 itu juga memberi kelebihan pada Jerman ketika mereka menyerang kerana secara automatik formasi akan berubah menjadi 2-3-5 ini menunjukkan ramai pemain Jerman berada di dalam kawasan penalti dan ia memudahkan 3 pemain yang berada di bahagian midfield untuk merencanakan gerakan dengan kesegeraan serangan serta memberi sokongan dalam membantu pergerakkan terutama dalam pertukaran posisi permainan.

Dengan formasi 3-4-3 itu juga Jerman berjaya menyekat Portugal dari bahagian tengah kerana apabila bertahan ia menjadi 5-4-1 dan itu menyebabkan Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya agak sukar menembusi pertahanan Jerman. Berdasarkan variasi formasi yang ditampilkan Jerman, terutama melalui hantaran-hantaran pantas (early cross) di belakang pertahanan Portugal itu telah memaksa Pepe serta rakan-rakannya sentiasa berada di kawasan pertahanan mereka dan situasi ini sebenarnya yang memerangkap Portugal. Itulah kejayaan yang membolehkan Jerman memenangi perlawanan semalam setelah mereka berjaya mengamalkan Falsafah dan DNA bola sepak Jerman.