‘Viva La France!’, Sebelum kita komen pertemuan Perancis dan Jerman pada aksi pertama Kumpulan F Euro 2021 kali ini, sila tarik nafas panjang, lapangkan dada dan luaskan pemikiran - ayuh kita belajar sedikit sejarah Eropah.

Suatu ketika dahulu, pada dekad 1940an, Jerman adalah kuasa besar yang jadi penakluk Eropah. Malah penaklukan itu turut dilakukan ke atas Perancis yang dianggap ‘taklukan paling diraikan.’

Mengapa ia berlaku? Kerana ketika itu Perancis boleh dianggap lemah, selemah-lemahnya. Tiada kepimpinan yang ampuh yang diburukkan lagi kelemahan dari aspek ketenteraan mahupun politik.

Kini 81 tahun kemudiannya, bagaimana?

Mungkin ada yang kata pertemuan di Allianz Arena bukan peperangan. ‘It’s just football’.

Wait? It’s just football? It’s more than football la!

Ini pertemuan juara Piala Dunia 2018 bertemu juara Piala Dunia 2014. Ikutkan hakikat itu, ia adalah pertemuan dua gergasi. Clash of the Titans.

And clash of the titans it was...Kylian Mbappe dan Karim Benzema ibarat soldadu-soldadu serba bengis yang menjadikan kem Jerman kucar-kacir, walaupun aksi penuh drama dan debaran diganggu gol yang dibatalkan.

Lebih penting, keperkasaan Perancis kali ini dijana kepakaran jeneral ampuh dengan nama ‘Didier Deschamps.’ Tahap kecergasan ditampilkan setiap pemain seolah mereka berlatih dengan regim ketenteraan terbaik di dunia.

Lihatlah aksi Hugo Loris sebagai benteng kebal yang memastikan ‘no German shall get past this wall.’ Tugasannya memang amat berat, tatkala serangan Jerman hadir bertalu-talu mencipta bahaya.

Jika ada seorang anggota yang layak diangkat sebagai pemisah antara manisnya kemenangan atau peritnya kekalahan, orangnya ialah Paul Pogba.

Gandingannya bersama N’Golo Kante cukup sempurna, ditambah pula dengan kerjasama mantap dibentuk bersama-sama Lucas Hernandez.... hinggakan nama legenda seperti Mats Hummels pun boleh tenggelam.

Perancis tundukkan Jerman kali ini dengan memanfaat setiap kelebihan yang ada; benteng pertahanan yang sukar ditembusi, disiplin berpasukan tinggi serta keyakinan cukup mendalam menjulang slogan “Viva La France!”

A new chapter in the history books indeed. What a match!