Eden Hazard berasa kuat dan gembira menurut ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, yang mendesak penyerang Real Madrid untuk terus meningkatkan prestasi dalam kemenangan 2-0 ke atas Finland.



Setelah muncul sebagai pengganti dalam dua perlawanan pembukaan di Euro 2020, Hazard turun dalam kesebelasan utama menentang Finland dan menimbulkan masalah buat suad kendalian Markku Kanerva ketika bergandingan bersama Romelu Lukaku dan Jeremy Doku.

Hazard, yang berperang dengan masalah keceeraan selepas sekadar membuat 14 penampilan dalam saingan LaLiga bersama Real Madrid, turun selama 90 minit bertemu Finland dan mengagumkan jurulatihnya.

Martinez memberitahu wartawan: "Dia [Hazard] mendorong dirinya dan masuk ke posisi yang baik.

"Dia kelihatan bebas, berpusing ke kanan dan kiri. Dia berasa kuat, gembira, tubuhnya bertindak balas dengan baik.

"Langkah seterusnya adalah melihat Eden dengan hantaran terakhir, rembatan yang berjaya menembusi gawang.

"Saya gembira dengan persembahannya."