Euro 2020: Mancini sanjung impak pemain gantian Itali

Ammar Hakim
Jun 27, 2021 01:53 MYT
Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini memuji impak pemain gantiannya yang 'mengubah permainan' ketika Azzurri menang 2-1 ke atas Austria dalam masa tambahan pertembungan pusingan 16 Euro 2020.
Federico Chiesa dan Matteo Pessina hadir daripada bangku simpanan dan menjaringkan gol dalam masa tambahan, sementara pemain yang dibawa masuk pada minit ke-67, Manuel Locatelli, turut mengubah rentak perlawanan juga.
Mancini membawa masuk Locatelli menggantikan Marco Verratti dan gembira dengna impak pasukannya menjelang pertemuan suku akhir.
"Mereka cemerlang dan itu boleh menjadi kelebihan besar bagi kami," kata Mancini.
"kami mempunyai pemain yang dapat masuk dan mengubah permainan kerana mereka masih segar, itu adalah persembahan yang sangat baik.
"Para pemain mahu menang dengan segala cara dan dengan pemain gantian yang ada, mereka melakukan tugas dengan baik dan kami dapat menang."
Kemenangan itu mencatat rekod kebangsaan baru ketika mereka meluaskan rekod tanpa kalah mereka kepada 31 perlawanan, mengatasi 30 perlawanan yang diperoleh ketika di bawah kendalian Vittorio Pozzo antara tahun 1935 dan 1939.
Bagaimanapun, tandukan Sasa Kalajdzic pada minit ke-114 menamatkan 11 perlawanan tanpa bolos, kali terakhir dibolosi pada Oktober 2020, menamatkan rentetan 19 jam dan 28 minit tanp dibolosi.
Mancini menegaskan bahawa Itali tidak memandang rendah Austria, dengan menyatakan perlawanan akan lebih sukar daripada suku akhir mereka menentang Belgium atau Portugal Jumaat depan.

?? SCENES after the Azzurri made it 12 consecutive wins and sealed a quarter-final spot! ?@azzurri | #EURO2020 pic.twitter.com/TJamvBpPhv

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mengetahui akan ada kesukaran yang bakal dihadapi dalam perlawanan ini dan kami fikir pertembungan yang lebih sukar dalam suku akhir, mereka tidak sehebat pasukan dalam suku akhir, tetapi mereka benar-benar membuat hidup sukar, mereka menimbulkan banyak masalah, "katanya.
"Kami mengetahui jika menjaringkan gol dalam separuh masa pertama ia akan menjadi perlawanan yang berbeza. Kami telah mengatakan bahawa akan bergelut bagi mendapatkan kemenangan. Kami harus berusaha sebaik mungkin."
#Austria #Roberto Mancini #Itali #EURO 2020