Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, berharap dua bintang Belgium, Kevin De Bruyne dan Eden Hazard dapat beraksi dalam aksi suku akhir Euro 2020 awal pagi esok di sebalik pengendali Red Devils, Roberto Martinez, mereka tidak akan cergas untuk perlawanan tersebut.

De Bruyne dipaksa keluar awal dalam separuh masa kedua ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Portugal Ahad lalu.

Pemain tengah Manchester City itu kelihatan berbalut dengan ais di bahagian buku lali kiri ketika menyaksikan rakan sepasukannya meneruskan permainan, di mana dia kemudiannya disertai oleh Hazard selepas pemain sayap Real Madrid itu mengalami kecederaan hamstring.

Martinez mendedahkan menjelang perlawanan antara Belgium dan Itali, mustahil untuk menurunkan kedua-dua pemain dalam perlawanan yang bakal berlangsung di Munich itu.



Mancini, bagaimanapun, mengatakan pemain terbaik layak bermain dalam perlawanan terbesar dan tidak akan mempunyai masalah sekiranya mereka pulih tepat pada waktunya.

"Selalu bagus buat penyokong melihat semua pemain terbaik beraksi di atas padang; itulah yang menjadikan bola sepak istimewa," katanya dalam sidang media.

"Kami berdepan pasukan terbaik Eropah bersama Perancis, mungkin yang terbaik dunia. Mereka berada di tangga teratas, tetapi kami akan berusaha untuk menang.

"Saya menghormati Belgium, tetapi kami perlu bermain seperti yang kami ketahui, kami menyedari kualiti kami. Belgium sedang bersiap untuk permainan penting dan hal yang sama berlaku untuk kami."