Pemain tengah Perancis, Paul Pogba mungkin akan dikenakan hukuman kerana melanggar protokol COVID-19 setelah kemenangan pasukannya 1-0 ke atas Jerman dalam Euro 2020.

Bintang Manchester United itu dilihat memeluk ibunya selepas perlawanan, berpotensi menyebabkan dia dalam masalah.

Seperti yang dikatakan oleh pundit beIN Sports, Paul Pogba mungkin berdepan atas tindakannya. Richard Keys merupakan antara yang menyuarakan mengenai insiden tersebut, membuat perbandingan dengan kejadian sama di Qatar.

"Ini mungkin satu gerakan yang bagus tetapi dia merupakan pemain yang berada dalam gelembung sukan. Dan ini berlaku di Qatar baru-baru ini dalam sebuah kejohanan di mana pemain meninggalkan padang, naik ke barisan penonton dan dua kes Covid-19 terhasil," katanya.


Andy Gray turut mencelah, mengatakan Paul Pogba boleh ditegur kerana tindakannya.

"Dia setidaknya akan mendapat teguran atas tindakannya. Dia harus menerimanya. Dia menganggap bahawa semua orang baik-baik saja. Dia mungkin akan diberitahu supaya tidak melakukannya sekali lagi," jelasnya.

Legenda Chelsea, Ruud Gullit, tidak bersetuju Pogba diberikan hukuman kerana mendakwa pemain tengah itu hanya memeluk individu yang telah menjalani ujian COVID-19. Dia mengatakan bahawa pemain tengah Manchester United itu tahu dengan siapa dia berinteraksi dan sedar bahawa mereka selamat.

"Tetapi adakah orang-orang ini juga diperiksa [diuji]? Oleh itu, dia tahu bahawa semua orang dalam keadaan yang baik."


Sumber: beIN Sports