Apabila berjaya menewaskan Ukraine dengan jaringan yang besar di peringkat suku akhir semalam, ia telah menampakkan bahawa England mungkin akan menamatkan kemarau 53 tahun untuk muncul juara edisi kali ini.

Ia berdasarkan prestasi terkini skuad kendalian Gareth Southgate itu yang begitu konsisten dalam setiap perlawanan dan masih dapat mengelakkan pintu golnya dari bolosi.

Bermain secara tersusun dan kemas dengan mengekalkan taktikal disiplin yang tinggi telah memberi kelebihan pada England mendominasi perlawanan. Apa yang lebih menarik dengan corak permainan England itu di mana pemain-pemain England berjaya menggunakan setiap sudut ruang padang itu untuk menguasai permainan, terutama dengan hantaran-hantaran pendek dan hantaran lintang pantas untuk mematikan langkah pertahanan Ukraine.

Keyakinan yang tinggi setiap pemain England itu juga telah memberi manfaat yang besar apabila anak-anak didik Southgate itu berjaya melakukan jaringan lebih awal dari yang dijangkakan. Daripada keyakinan yang tinggi itu juga England berjaya melakukan empat jaringan yang mana semuanya dijaringkan di dalam kawasan penalti. Itu menunjukkan bahawa setiap gerakan yang penuh berkeyakinan akan mendatangkan hasil.

Dengan keyakinan dipamerkan setiap pemain-pemain England, ia pasti akan membawa satu harapan besar kepada peminat-peminatnya untuk melihat England berjaya menewaskan Denmark dan seterusnya untuk layak ke perlawanan akhir bagi mencipta sejarah tersendiri untuk skuad England kali ini. Saat ini yang dinanti-nantikan peminat-peminat England setelah begitu lama mereka nantikan.