Euro 2020: Jaringan tunggal Hazard hantar Portugal, Ronaldo pulang

Ammar Hakim
Jun 27, 2021 22:04 MYT
BELGIUM 1 PORTUGAL 0
Belgium menamatkan perjalanan Portugal untuk mempertahankan Kejuaraan Eropah dengan kemenangan 1-0 di Seville, di sebalik kehilangan khidmat Kevin De Bruyne dan Eden Hazard ekoran kecederaan dalam aksi pusingan 16.
Ketika kedua-dua pasukan berdepan laluan berliku dalam mengejar kejayaan dalam Euro 2020, Belgium yang berjaya lolos ke suku akhir bertemu Itali hasil jaringan tunggal Thorgan Hazard.
Ia merupakan satu-satunya peluang terbaik Belgium dan ia membenarkan mereka melangkah ke peringkat seterusya, namun keadaan De Bruyne dan Eden Hazard selepas digantikan menjadi satu kebimbangan buat mereka menjelang aksi seterusnya.

1 - Portugal were eliminated from #EURO2020 with just one victory from their four games (D1 L2), their fewest in a single tournament at the European Championships since their first appearance in 1984, when they also won one of four (D2 L1). Comedown. pic.twitter.com/thOGOSGATG

— OptaJoe (@OptaJoe) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Kevin De Bruyne #Eden Hazard #Portugal #Belgium #EURO 2020