Penganjur Euro 2020 meminta pemain menghormati rakan penaja mereka kerana ia amat penting untuk kejohanan yang sedang berlangsung.
Mereka dilaporkan berkata, "UEFA telah mengingatkan pasukan yang mengambil bahagian bahawa kerjasama antara pihak penaja adalah demi pembangunan sukan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk untuk remaja dan wanita."
Ronaldo adalah pemain pertama yang tidak bersetuju dengan 'perletakkan produk' minuman tajaan dengan mendesak orang ramai untuk minum air dan bukannya minuman berkarbonat seperti Coca-Cola.
Keesokkan harinya, Paul Pogba melakukan tindakan serupa dengan mengetepikan sebotol bir Heineken semasa sidang akhbarnya selepas perlawanan Perancis menentang Jerman. Heineken juga merupakan penaja Euro 2020.
Manuel Locatelli yang terbaru melakukan tindakan berikut. Pemain tengah Itali itu menggantikan botol Coca-Cola dengan air ketika sidang media selepas Itali mengatasi Switzerland.
“Coca-Cola and Heineken… please contact me!”
— Hayters TV (@HaytersTV) June 17, 2021
Andriy Yarmolenko saw what Cristiano Ronaldo did and reversed it ?? pic.twitter.com/koH8o8TCx9
Sumber: BBC, The Telegraph