Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci, menjelaskan berdepan England dalam final Euro 2020 di Wembley tidak menakutkan Azzurri.

Selepas bermain lima daripada enam perlawanan di Wembley, England memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri selepas dibolosi satu gol dan menang lima daripadanya.

Aksi final akan dilangsungkan di Wembley awal pagi Isnin, dan kelebihan tuan rumah sekali lagi bakal menjadi pengaruh buat England.


Bonucci, bagaimanapun, berkata Itali mahu berseronok dan tidak akan terkesan dengan suasana di Wembley nanti.

"Beraksi di tempat lawan tidak menakutkan kami. Itali hanya akan memikirkan tentang bermain bola sepak dan berseronok. Di atas padang bakal menyaksikan dua pasukan menampilkan aksi terbaik," katanya.

"Kami tidak sabar untuk turun ke padang di hadapan majoriti penyokong England. Kami mahu melakukan sesuatu yang bersejarah. Menghasilkan permainan terbaik dan melihat apa yang bakal berlaku."