Jurulatih Itali, Roberto Mancini, menjangkakan ujian sukar daripada skuad Sepanyol yang 'luar biasa' dalam separuh akhir Euro 2020.

Kedua-dua pasukan bersaing di Stadium Wembley awal pagi Rabu ini dengan harapan dapat merebut slot ke final Kejuaraan Eropah.

Sepanyol hanya menang satu daripada lima perlawanan mereka dalam perjalanan ke separuh akhir dalam tempoh 90 minit -- kemenangan dalam peringkat kumpulan ke atas Slovakia.

Tetapi Itali sama sekali lebih meyakinkan apabila memenangi kelima-lima perlawanan mereka tanpa memerlukan penentuan penalti.

Ketika diberitahu bahawa ramai yakin Itali yang sudah berada di final, Mancini berkata: "Saya harap anda betul kali ini.

"Ia tidak mudah begitu sekali. Kami perlu menunjukkan prestasi yang hebat. Sepanyol adalah pasukan berkualiti, kami berada dalam separuh akhir, jadi tidak mudah."

"Ini akan menjadi perlawanan yang sukar, Sepanyol berbeza daripada Belgium, tetapi kami masih akan berdepan kesulitan.



"Kami berdepan kesukaran bertemu Austria kerana mereka bermain agresif dan ia adalah perlawanan pertama dalam peringkat kalah mati.

"Sepanyol menghasilkan permainan luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka mempunyai banyak pemain muda dan jurulatih yang cemerlang.

"Luis Enrique memenangi Liga Juara-Juara bersama Barcelona, tetapi tidak hanya itu. Pasukan Roma kendaliannya juga bermain bola sepak yang bagus."