Jack Grealish berkata mahu mengikut jejak langkah Paul Gascoigne dan Wayne Rooney bagi membuktikan bakatnya di pentas dunia selepas membuat penampilan dalam kesebelasan utama England bagi saingan Euro 2020.

Kapten Aston Villa itu melakukan assist jaringan kemenangan Raheem Sterling ketika England menegatasi Republik Czech 1-0 di Wembley awal pagi tadi untuk memenangi KumpulN D dan bakal membuat penghitungan bertemu Perancis, Jerman, Portugal atau Hungary.



Grealish meraih sembilan kaps sejak debut September lalu dan berazam untuk memberikan impak buat skuad kendalian Gareth Southgate di peringkat seterusnya.

Ditanya adakah dia percaya Euro 2020 mampu meningkatkan lagi namanya di pentas dunia, Grealish berkata, "Sudah pasti. Saya pernah bercakap betapa besarnya kejohanan ini dalam karier seorang pemain.

"Jika anda melihat dan memikirkan tentang Gazza dalam Italia 90, di situlah dia pertama kali membuat… dia sudah terkenal sebelumnya, tetapi saya berasa semua orang mengingat Gazza berdasarkan kejohanan itu.

"Anda melihat Wayne Rooney dalam Euro 2004 -- Saya rasa di sinilah dia meletakkan penanda untuk mengatakan bahawa saya akan menjadi salah seorang terbaik dunia.

"Saya berharap dapat mengikuti jejak mereka dan semoga saya dapat melakukannya sekiranya saya mendapat lebih banyak peluang dalam kejohanan ini."

Sumber: Sky Sports