Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, mengesahkan bahawa Karim Benzema mengalami "kesakitan" di lutut yang memerlukannya untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas pasukan juara dunia itu melengkapkan perlawanan pemanas badan menjelang Euro 2020 awal pagi tadi.

Benzema dikeluarkan dalam babak pertama ketika Perancis menewaskan Bulgaria 3-0 gara-gara pendaratan kurang kemas ketika merebut bola di udara.

Dengan Perancis akan membuka saingan Euro 2020 minggu depan -- menentang Jerman pada 15 Jun ini -- melihat Benzema terhincut-hincut keluar padang dalam perlawanan itu pasti mengundang kebimbangan buat kem Les Bleus.

Tetapi Deschamps memberikan sedikit gambaran mengenai kecederaan itu dengan berkata kepada TF1: "Ia kesakitan di bahagian lutut, yang turut memberikan kesan kepada ototnya. Dia berasa agak kaku jadi meminta untuk ditukarkan.

"Pihak perubatan sedang menguruskannya."