ITALI 2 AUSTRIA 1

Federico Chiesa dan Matteo Pessina menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika Itali mengatasi Austria 2-1 untuk mara ke suku akhir Euro 2020.

Kemenangan itu melakar rekod baru selepas melanjukan kemenangan kepada 31 perlawanan, mengatasi rentetan 30 perlawanan ketika Itali di bawah kendalian Vittorio Pozzo di antara 1935 dan 1939.



Marko Arnautovic menyaksikan usahanya tidak dinafikan VAR dalam separuh masa kedua selepas Austria memberikan ancaman untuk melakukan kejutan.

Kemasukan pemain gantian Chiesa dan Pessina berjaya membantu Itali menempah slot suku akhir selepas sentuhan klinikal mereka dalam separuh masa pertama masa tambahan berjaya menemui jaringan, walaupun Sasa Kalajdzic berusaha mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-114.

Skuad kendalian Roberto Mancini bakal bertemu antara Portugal dan Belgium di Munich Jumaat depan.