Ketika peminat-peminat Itali rasa bimbang dengan penguasaan permainan yang ditampilkan Sepanyol namun sedikit tidak menggentarkan Giorgio Cheillini dan rakan-rakannya.

Sebaliknya mereka terus fokus dan mengekalkan taktikal disiplin yang begitu mantap sekali sehinggakan pemain-pemain hadapan Sepanyol sukar untuk menembusi gawang Italy yang kawal dengan tenang Gianluigi Donnarumma.

Komunikasi di antara Cheillini, Leonardo Bonucci dan Jorginho begitu baik sekali sehingga membuatkan Sergio Busquets, Ferran Torres dan Mikel Oyarzabal ketandusan idea untuk memperdayakan pertahan Italy itu. Peranan yang dimainkan Jorginho di bahagian midfield deffensive banyak menghalang kelancaran serangan Sepanyol kerana Jorginho berjaya memenangi bola di kawasan tengah itu.

Lihat sahaja statistik bertahan yang dimiliki Italy dengan 52 kali berjaya memenangi bola dari lawan dan 17 halangan. Itu sudah membuktikan bahawa Italy berjaya mengekalkan konsentrasi mereka sepanjang perlawanan. Dengan pimpinan ketiga-tiga pemain itu juga telah membawa satu kekuatan pada Italy sehingga Italy berjaya mendahuli Sepanyol dengan jaringan yang cantik daripada Lorenzo Insigne dari serangan balas pantas dilakukan Italy melalui 4 hantaran sahaja.

Sekiranya kombinasi dan komunikasi di antara Cheillini,Bonucci dan Jorginho dapat dikekalkan sudah pasti akan menyukarkan lawannya pada perlawanan akhir nanti. Dengan karektor yang begitu keras dan tenang serta punyai aura tersendiri sebagai pemimpin kepada rakan-rakan sepasukan. Ketiga-tiga pemain itu boleh diibaratkan sebagai Jeneral dalam skuad Italy kerana komitmen mereka di atas padang tidak boleh dipertikaikan. Itulah kekuatan yang ada pada Italy selain keharmonian yang begitu baik sekali yang membuatkan mereka mara ke perlawanan akhir Euro edisi ini.