Interviu itu dilakukan tidak lama selepas program berkenaan dilancarkan, tiga tahun sesudah SSBJ diwujudkan.
Zul Yusri Che Harun, Zahiruddin Syobri, Shaik Mohammad Firdaus Shaik Annuar, Norshahrul Idlan Talaha, Faridz Ahmad, Fazuan Abdullah dan Azfar Nasri Burhan antara nama-nama yang disyorkan kepada penulis untuk ditemu ramah.
Penulis mengimbau detik itu selepas siaran Kafe Sukan Isnin lalu yang membawakan tajuk Transisi daripada remaja kepada senior dalam bola sepak, menampilkan dua bekas jurulatih pembangunan remaja di FAM, Aminuddin Hussin dan Ahmad Fairuz Yunus.
Aminuddin dan Fairuz antara watak penting yang membentuk beberapa generasi pemain di SSBJ yang akhirnya menyarung jersi pasukan negara.
Selain mereka, Richard Scully, Ismail Ibrahim dan Razip Ismail antara tenaga pengajar dalam program itu bersama guru seperti Zulkifli Shamsuddin dan Haris Lajid.
Aminuddin yang menghabiskan lebih sedekad di FAM dengan tugasan terakhir selaku Ketua Pembangunan Belia mengingatkan penonton bahawa program itu dilancarkan pada 1999 dengan menampilkan generasi sulung yang antara lain dianggotai Afif Amiruddin dan Razman Roslan yang lahir pada 1984.
Generasi seterusnya termasuk Stanley Bernard Samuel, Riduan Othman, Nurul Azwan Roya, Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari yang dibimbing Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih Bawah 17 tahun pada 2001 dan 2002.
Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak dan Nashriq Baharom pula dari generasi yang lahir pada 1987.
“Proses pembangunan program ini mengambil masa 10 tahun dan kemuncaknya apabila pasukan Bawah 23 tahun mengutip pingat emas di Sukan SEA di Laos pada 2009. Lebih separuh daripada kesebelasan permulaan Datuk K. Rajagobal adalah hasil tangan SSBJ. Beberapa tonggak yang sama seterusnya menjulang Piala AFF pada tahun berikut,” kata Aminuddin. “Ia proses ujian dan kesilapan. Kami belajar daripada kesilapan ketika mengurus generasi pertama dan seterusnya.”
Fairuz yang kini bersama akademi Frenz United, menganggap banyak faktor yang diambil kira apabila seorang pemain remaja memasuki dunia senior.
Namun Aminuddin dan Fairuz bersetuju struktur pertandingan untuk lepasan sekolah harus diperkasakan. Berkongsi pengalaman bekerja dengan syarikat korporat seperti Frenz United, Fairuz berkata: “Dunia korporat menitiberatkan keputusan, maka tindak-tanduk yang dilakukan semata-mata untuk pembangunan. Setiap perlawanan Frenz United dalam semua pertandingan dirakam, jadi kekuatan dan kelemahan lawan kelab seperti Chonburi, PVF dan lawan lain sama ada di peringkat serantau atau Asia sudah diketahui. Data dan analisis ini harus dikongsi dengan jurulatih kebangsaan kerana kebanyakan pemain yang menjadi bintang di peringkat remaja akan menjadi pemain senior negara masing-masing,” katanya.
Aminuddin turut menekankan betapa penting seorang pemain itu diberi ilmu mengurus kerjaya.
Sejauh ini rata-rata pemain yang tiba-tiba mendapat gaji tinggi selepas dilamar pasukan negeri mendapati sukar menyesuaikan diri dengan kemewahaan.
“Malam ini tidur, esok bangun jadi jutawan!” kata Aminuddin.
“Mereka memerlukan ilmu untuk belajar mengurus kerjaya sambil dipantau majikan,” kata Aminuddin.
Ringkasnya, sama ada anda pemain, jurulatih atau pegawai, ilmu pengurusan diri dan kerjaya harus ditanam seawal mungkin.
Rizal Hashim
Tue Oct 27 2015


McCullum aware England appointment a 'big risk' but hopes to transform red-ball cricket
England may have gambled on a seemingly inexperienced Brendon McCullum, but he is confident he can transform the nation's Test fortunes.

Champions League final: Will Paris showpiece also be shootout for Ballon d'Or?
The ultimate silverware in European club football is on the line in Paris, but could the game also decide where the Ballon d'Or is headed?

Kane pinpoints Tom Brady inspiration after early struggles at Tottenham
Tom Brady and Harry Kane forged an unlikely friendship, and the Tottenham forward has revealed how much he idolises the NFL star.

Kane targets breaking Rooney's England record in Qatar
World Cup glory is not the only thing on the mind of Harry Kane, who will aim to break Wayne Rooney's England scoring record in Qatar.

Benzema has taken on Ronaldo's role 'to perfection' – Kroos
Karim Benzema has had the best season of his career, with Toni Kroos convinced he has replaced Cristiano Ronaldo perfectly.

Diaz rejects favourites tag as Liverpool star prepares for 'dream' Madrid meeting
As Luis Diaz looks to fulfil his "dream" of winning the Champions League, he insisted Liverpool are not favourites to beat Real Madrid.

Rio Ferdinand and John Terry involved in 'fragile ego' Twitter spat
John Terry and Rio Ferdinand were involved in a back-and-forth spat on social media.

Champions League final: Flashback to Real Madrid's last European Cup final defeat in Paris… to Liverpool
As Real Madrid against Liverpool becomes the most frequent European Cup final on Saturday, Stats Perform looks back on their first clash.

Champions League final: How have Liverpool and Real Madrid evolved since 2018 in Kyiv?
Liverpool and Real Madrid meet on Saturday in a repeat of the 2018 Champions League final, but what is different about both in 2022?

Doncic admits 'I played terrible' but proud of Mavs' season
The Dallas Mavericks can look back at pride this season despite falling short in the NBA playoffs, says Luka Doncic.