‘England takde chance la!’

Itulah yang terngiang-ngiang di telinga saya, bila England ‘haters’ mula mengutuk kemampuan mereka sejak sebelum Euro 2020 bermula.

Di peringkat kumpulan pun sama, bila England hampir menjadi pasukan ketiga terbaik untuk mara, mulalah cemuhan dan kritikan dilontarkan kepada ‘The Three Lions’.

Tapi’ lo and behold’, England tutup mulut pengkritik dan ‘haters’ mereka apabila mara selaku juara kumpulan.

Cumanya, macam irama dan lagu, tak henti-henti ada sahaja yang nak terus kutuk England!

Masuk saja peringkat kalah mati – apabila England berdepan Jerman – keluar lagi la ayat ‘England takde chance la, Jerman akan menang.’

Di pejabat pun, majoriti yakin Jerman akan layak dan hanya segelintir kecil saja – termasuklah saya - yang percaya England mampu melakukannya.

Rasa sangsi itu pun ada di England apabila ramai pengkritik tidak yakin kemampuan skuad kendalian Gareth Southgate ini. Pmain England, Declan Rice sendiri mengaku itulah yang terpaksa mereka hadapi dan harungi!

Aduhai, mesti sukar kan bila majoriti memilih Jerman, seakan England ni pasukan yang tiada nilai!

Sekarang ni, ramai la pula yang terkejut, termasuklah ‘haters’, apabila perlawanan tak perlu diheret ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

England menang 2-0, dalam 90 minit sahaja. Harry Kane yang turut jadi sasaran popular untuk dikecam kerana kononnnya ‘tak begitu function’, akhirnya jadi penjelma kemenangan dengan gol kedua England, empat minit sebelum tamat perlawanan.

Jadi sekarang, England sudah di suku akhir. Tiada alasan untuk mereka tidak ‘go all the way’ ke final kerana England dianggap memiliki 70 peratus peluang untuk menewaskan Ukraine serta dua lawan yang mungkin menanti di separuh akhir, Republik Czech atau Denmark.

Memanglah apa sahaja boleh berjadi di Euro kali ini. Tetapi andainya England muncul juara nanti, mungkin waktu itu barulah semua pengkritik akan terdiam – atau jadi lalang!

Saya memang sokong England sejak awal lagi, bukti ada masa saya ‘declare’ dalam program Nadi Arena. Hanya nak tegaskan, saya bukan lalang ye!