SELURUH negara rasanya membicarakan ulasan Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai bola sepak negara semalam.
Daripada isu kegagalan komunikasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hingga kepada kuota pemain import, Tunku Ismail tidak teragak-agak memberi pandangannya. Pendedahannya berhubung beberapa pemain yang tidak dapat menyertai skuad negara, serta keputusan membariskan skuad tangkap muat pada saat akhir membuka mata semua peminat.
Bola sepak sesungguhnya sejenis sukan yang memisahkan pendapat. Bak kata orang Inggeris, it is a game of opinions.
Tunku Ismail berpandangan sebegitu, manakala netizens berfikir sebegini. FAM berfikir seperti itu, Lim Teong Kim berpendapat semacam ini.
Begitulah bola sepak.
Penulis tertarik dengan semua sorotan Tunku Ismail, khususnya yang membabitkan pengurusan FAM.
Bagi penulis, bedah siasat panel bebas yang diketuai oleh Datuk Dell Akbar Khan bukan sesuatu yang sia-sia.
Kenapa?
Kerana yang pertama sekali, ia menunjukkan FAM tidak takut dengan pandangan kelompok pakar yang mahu memberi cadangan yang membina.
Yang kedua, penulis berasa FAM mahu menunjukkan ketelusan apakah faktor yang menyebabkan kegagalan di Piala Suzuki AFF 2020 tanpa mahu menyembunyikan apa-apa.
Yang ketiga, cadangan untuk menambah baik pengurusan pasukan kebangsaan disenaraikan satu-persatu, sekali gus memaksa FAM untuk berbuat sesuatu. Peminat boleh memantau perkembangan daripada cadangan-cadangan itu satu persatu. Bagi penulis ini adalah antara elemen positif yang timbul daripada bedah siasat tempoh hari.
Yang keempat, seandainya FAM tidak melakukan bedah siasat itu, peminat mungkin tidak sedar bahawa khidmat sokongan dalam mewujudkan budaya prestasi tinggi dalam skuad kebangsaan hampir tidak wujud dalam Harimau Malaya.
Sepertimana yang ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Ramli, bedah siasat itu mendapati FAM tidak mempunyai pasukan pelbagai disiplin yang membantu panel kejurulatihan skuad kebangsaan, seperti pakar psikologi, pengurus prestasi tinggi dan saintis sukan yang dapat membantu memberi marginal gains.
Sukan hari ini menuntut penggunaan teknologi, sama ada dari segi membina kecergasan fizikal mahupun kaedah taktikal. Bagaimanapun, khidmat sokongan ini tidak memberi faedah secara keseluruhan jika hanya Harimau Malaya memberi penekanan.
Di bawah kepimpinan Tunku Ismail, JDT mempelopori kaedah ini dengan pusat latihan yang terbaik, antara yang terbaik di Asia, dengan khidmat saintis sukan yang berkelayakan.
Selangor pula menjalin kerjasama dengan UiTM Shah Alam untuk mewujudkan sistem khidmat sokongan sains sukan bagi mewujudkan analisis prestasi tinggi yang
Selain berharap FAM mengambil kritikan-kritikan yang dilemparkan dengan hati terbuka, penulis juga berharap agar semua pasukan dalam Liga Super dan Liga Premier mengguna pakai kaedah sains sukan pada kadar yang optimum.
Seandainya eko sistem di peringkat kelab itu berjalan dengan lancar, barulah pasukan kebangsaan boleh menikmati hasilnya.
Hasnizam Uzir
Fri Jan 28 2022


Williams the unlikely hero as Celtics eliminate defending champion Bucks, Mavericks advance
The Boston Celtics and Dallas Mavericks advanced to respective conference finals, defeating the Milwaukee Bucks and Phoenix Suns on Sunday.

Tomljanovic cruises through in Morocco as Linette progresses in Strasbourg
Ajla Tomljanovic cruised through to the round-of-16 in Morocco, where ninth seed Rebecca Peterson was stunned by 16-year-old Petra Marcinko.

Inzaghi says anything can happen after Inter take Scudetto race to the wire
Simone Inzaghi was involved in a dramatic final-day title win as a Lazio player, and believes his Inter team can repeat the trick next week.

Lee Kyoung-hoon wins second consecutive AT&T Byron Nelson title
South Korea's Lee Kyoung-hoon had the best round of his career to edge out Jordan Spieth by one stroke at the AT&T Byron Nelson.

'Now things have to be corrected' – Xavi aiming for Barcelona resurgence
Barcelona will remain 12 points off Real Madrid coming into the final LaLiga round, following their goalless draw with Getafe on Sunday.

Premier League data dive: Mahrez misses out as Man City stumble, Leeds grab a lifeline
Riyad Mahrez had become Manchester City's Mr Dependable from the penalty spot, but a rare miss from him offered Liverpool fresh title hope.

Mannarino upsets sixth seed Karatsev at Lyon Open
There was a victory for Adrian Mannarino on home soil in Lyon on Sunday as he consigned Aslan Karatsev to a first-round defeat.

Kylian Mbappe: PSG star and Madrid target close to decision on future after winning Ligue 1 award
Paris Saint-Germain's Kylian Mbappe has revealed he will end months of speculation over his future before June's international fixtures.

'Absolute gratitude to an extraordinary footballer' – Simeone hails departing Atletico hero Luis Suarez
Luis Suarez was close to tears at his final home game with Atletico Madrid, the team he joined after being discarded by Barcelona in 2020.

'You have doubts over the line-up for every match here at Real Madrid' - Ancelotti after draw at Cadiz
After arguably being outplayed by Cadiz in Sunday's 1-1 draw, Carlo Ancelotti spoke about the struggles of picking his best XI.